Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487592
Title: Pola komunikasi ibu bapa dalam keluarga Muslim
Authors: Safinah Ismail (P85593)
Supervisor: Rosmawati Mohamad Rasit, Prof. Madya Dr.
Keywords: Family -- Religious life
Parenting -- Religious aspects -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-Apr-2022
Description: Komunikasi penting dalam mewujudkan keharmonian dalam sesebuah keluarga. Namun apabila berlakunya kegagalan terhadap komunikasi menyebabkan hubungan renggang, tidak mesra dan nasihat diabaikan. Di samping itu, ibu bapa tidak menunjukkan nilai teladan yang baik. Hal ini turut berlaku kepada keluarga Muslim. Oleh itu, kajian ini membincangkan tentang pola komunikasi dalam keluarga Muslim. Terdapat empat objektif yang dibahaskan iaitu mengkaji aspek orientasi perbualan dan keakuran dalam keluarga Muslim dan menganalisis nasihat dan nilai teladan ibu bapa yang diamalkan dalam keluarga Muslim. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk fenomenologi secara homogenous. Pengumpulan data dibuat melalui temu bual kumpulan fokus kepada sebelas peserta kajian melalui pensampelan bertujuan. Data dianalisis secara analisis tematik. Terdapat empat tema utama dalam pola komunikasi ibu bapa iaitu orientasi perbualan, orientasi keakuran, nasihat dan nilai teladan. Orientasi perbualan berdasarkan perbincangan, keterbukaan dan kebersamaan. Manakala keakuran berdasarkan ketegasan, pemantauan dan kepatuhan. Nasihat diaplikasikan secara langsung dan tidak langsung. Dari nilai teladan pula adalah daripada aspek akidah, ibadah, akhlak dan sosial. Implikasi dan sumbangan kajian ini adalah menghasilkan nilai tambah kepada pola komunikasi keluarga sedia ada dan menghasilkan pola komunikasi keluarga Muslim. Diharapkan kajian ini menyumbang kepada ibu bapa, masyarakat dan kerajaan berkaitan ilmu keibubapaan bagi mencapai kesejahteraan dalam keluarga.,Ph.D
Pages: 280
Call Number: BP188.3.F3S34 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130162+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.27 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.