Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487587
Title: Peranan ibu ibapa dalam mendidik anak bagi memelihara institusi kekeluargaan pada perspektif maqasid al-shariah
Authors: Wan Nor Adibah Wan Ahmad (P86100)
Supervisor: A'dawiyah Ismail, Prof. Madya Dr.
Keywords: Family -- Religious life
Parenting -- Religious aspects- - Islam
Family -- Religious aspects -- Islam
Parent and child (Islamic law)
Maqasid (Islamic law)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 31-May-2021
Description: Institusi kekeluargaan merupakan tonggak utama yang berupaya membina masyarakat dan negara yang cemerlang dan gemilang dengan kelahiran manusia serta kesinambungan ummah yang cemerlang. Namun, pelbagai bentuk keruntuhan institusi kekeluargaan seperti perceraian dan keganasan rumah tangga yang mengakibatkan pelbagai gejala negatif anak-anak melibatkan kes remaja mengandung luar nikah, pengabaian solat dalam kalangan remaja, seks bebas, anak sebagai peminta sedekah, mencuri, ponteng sekolah dan membunuh telah melanda masyarakat Islam masa kini. Sehubungan itu, permasalahan ini memerlukan kepada cara untuk menanganinya menerusi ilmu perkahwinan dan pendidikan anak selain faktor pembangunan modal insan yang lain agar pembentukan institusi kekeluargaan mencapai kebahagiaan, kesejahteraan serta keselamatan di dunia dan di akhirat. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji maqasid khusus perkahwinan dalam memelihara institusi kekeluargaan. Selain itu, kajian ini turut menganalisis peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak pada perspektif maqasid al-shari cah serta membina cadangan model pendidikan anak berasaskan maqasid al-shari cah. Kajian ini ialah kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan yang melibatkan empat orang informan kajian yang dipilih secara bertujuan. Analisis kandungan dan temu bual separa struktur digunakan sebagai instrumen utama bagi mendapatkan data. Penganalisisan data menggunakan NVIVO version 12 melalui analisa deskriptif. Hasil kajian mendapati tema maqasid khusus perkahwinan dalam memelihara institusi kekeluargaan bertujuan memelihara kemaslahatan diri, keturunan dan ummah manusia. Di samping itu, kajian peranan ibu bapa terhadap anak pada perspektif maqasid al-shari cah merangkumi aspek agama, akal, nyawa, keturunan dan maruah serta harta. Implikasi kajian ini dapat membantu ibu bapa memperkukuhkan ilmu kekeluargaan dari aspek perkahwinan dan pendidikan anak pada perspektif maqasid al-shari cah serta mengaplikasikannya dalam melaksanakan tanggungjawab kehidupan berkeluarga. Kajian ini turut memberi sumbangan ilmu kepada pihak bertanggungjawab seperti LPPKN, JAKIM, KKM dan sebagainya dalam menguruskan hal ehwal kekeluargaan di Malaysia.,Ph.D
Pages: 305
Call Number: BP188.3.F3W336 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129366+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.98 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.