Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487583
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAzlin Alisa Ahmad, Dr.
dc.contributor.authorMohd Hafiz Mohd Dasar (P91303)
dc.date.accessioned2023-10-11T08:06:14Z-
dc.date.available2023-10-11T08:06:14Z-
dc.date.issued2021-08-20
dc.identifier.otherukmvital:129361
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487583-
dc.descriptionInstrumen Swap telah mengalami revolusi penstrukturan dari produk konvensional kepada produk yang lebih patuh syariah dan instrumen ini dikenali sebagai Islamic Swap. Namun begitu, instrumen ini masih lagi mendapat kritikan disebabkan terdapat beberapa isu syariah yang belum dapat diselesaikan beserta timbul pula isu syariah pada aplikasi kontrak syariah dalam instrumen Islamic Swap antaranya ialah isu penanda aras konvensional, pelaksanaan kontrak tawarruq, pelanggaran wacd, isu perjudian dan spekulasi. Justeru, mewujudkan satu garis panduan khusus terhadap pelaksanaan instrumen Islamic Swap adalah perlu bagi menyelesaikan isu-isu syariah tersebut. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji konsep dan penstrukturan Islamic Swap dalam pasaran derivatif di Malaysia beserta menganalisis isu syariah yang berbangkit dalam pelaksanaannya. Selain itu, kajian ini juga bertujuan menghasilkan parameter penggunaan Islamic Swap. Metodologi kajian ini adalah bersifat kualitatif dengan memilih analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Kaedah temu bual separa juga digunakan sebagai data sokongan dengan menemubual pakar dan pegawai syariah institusi perbankan Islam Malaysia. Hasil kajian mendapati penstrukturan instrumen Islamic Swap di Malaysia adalah berasaskan prinsip wacd, kontrak tawarruq dan bertujuan lindung nilai. Hasil kajian juga mendapati pihak yang melanggar janji perlu membayar ganti rugi berdasarkan kerugian yang sebenar kepada pihak yang dimungkiri walaupun secara asasnya pengiraan close out adalah positif bagi pihak memungkiri janji. Pelaksanaan instrumen Islamic Swap juga perlu selaras dengan parameter khusus antaranya ialah pelaksanaanya bertepatan dengan Maqāṣid al-Sharīcah, mendatangkan maslahah yang lebih besar berbanding mafsadah, berasaskan teori risiko Islam dan lindung nilai Islam. Selain tu juga, pengguna Islamic Swap haruslah berkelayakan, obligasi pengguna menggunakan konsep wacd, pertukaran aset menggunakan kontrak jual beli dan penanda aras keuntungan berasaskan penanda aras keuntungan sebenar. Hasil kajian ini juga memberi sumbangan kepada bidang keilmuan berkaitan instrumen derivatif secara umum dan instrumen Islamic Swap secara khusus. Implikasi dari kajian ini akan memberi panduan kepada institusi perbankan dalam melaksanakan instrumen Islamic Swap yang selaras dengan kehendak syariah beserta menolak segala kritikan terhadap instrumen Islamic Swap.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectContract (Islamic law)
dc.subjectFinance Islamic law)
dc.subjectSwaps (Finance)
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleParameter instrumen islamic swap dalam pasaran derivatif di institusi perbankan Islam Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages304
dc.identifier.callnoBP158.C595M843 2021 tesis
dc.identifier.barcode006621(2022)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129361+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.2 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.