Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487574
Title: | Pendekatan psikologi dakwah dan hubungannya dengan strategi daya tindak bagi menangani emosi remaja hamil tanpa nikah (RHTN) |
Authors: | Siti Aishah Yahya (P62989) |
Supervisor: | Fariza Md. Sham, Prof. Dr. |
Keywords: | Da'wah (Islam) -- Psychological aspects Pregnancy Unwanted -- Religious aspects -- Islam Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 7-Jan-2021 |
Description: | Remaja Hamil Tanpa Nikah (RHTN) adalah remaja yang melakukan tingkah laku yang tidak bermoral sehingga hamil yang menyalahi undang-undang serta norma masyarakat. Peningkatan kes setiap tahun yang melibatkan kehamilan tanpa nikah dalam kalangan remaja yang menjadi isu utama dan terpenting dalam kajian ini kerana remaja merupakan asset utama negara. Pelbagai kaedah dan pendekatan yang dilakukan untuk mencegah permasalahan yang melibatkan emosi RHTN namun keskes kehamilan remaja masih juga wujud. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti bentuk-bentuk emosi RHTN, mengenal pasti hubungan strategi daya tindak dalam menangani emosi RHTN, menganalisis hubungan pendekatan psikologi dakwah dengan strategi daya tindak RHTN, menganalisis hubungan psikologi dakwah dengan emosi RHTN dan menganalisis hubungan pengaruh psikologi dakwah dengan strategi daya tindak dalam menangani emosi RHTN. Reka bentuk kajian adalah kajian tinjauan dengan menggunakan tiga (3) instrumen soal selidik iaitu Emosi RHTN oleh Siti Aishah dan Fariza (2019), strategi daya tindak oleh David L. Tobin (2001) dan pendekatan psikologi dakwah oleh Azzyati Mohd Nazim (2014). Ujian kebolehpercayaan telah dilakukan ke atas 50 responden yang terdiri dari RHTN yang telah dipilih secara bertujuan dan mendapati nilai kebolehpercayaan tinggi yang melepasi 0.6 keatas iaitu emosi (0.885), strategi daya tindak (0.803) dan pendekatan psikologi dakwah (0.897). Seramai 105 responden yang sedang hamil tanpa nikah dari enam buah Pusat Perlindungan Remaja di Johor, Melaka, Selangor dan Perak dipilih sebagai responden kajian. Data kajian ini dianalisis menggunakan teknik statistik deskriptif (kekerapan, peratus, min), korelasi Pearson (hubungan) dan Path Regresi (pengaruh hubungan) dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 22. Hasil kajian mendapati terdapat lima bentuk emosi RHTN yang mempunyai nilai min yang tertinggi iaitu emosi kecewa (min=3.88), romantik (min=3.74), mudah keliru (min=3.59), marah (min=3.38), dan putus asa (min=3.32). Manakala hasil analisis korelasi Pearson, hubungan antara strategi daya tindak dengan emosi mendapati hubungan yang signifikan positif di antara strategi daya tindak dan emosi. Bagi hasil analisis hubungan antara psikologi dakwah dengan strategi daya tindak mendapati tidak mempunyai hubungan yang signifikan. Manakala hubungan antara psikologi dakwah dengan emosi remaja hamil tanpa nikah mendapati hubungan yang signifikan negatif antara psikologi dakwah dan emosi. Selain itu, hasil analisis Path Regresi bagi menerangkan keseluruhan emosi remaja antara kedua-dua peramal iaitu pendekatan psikologi dakwah dan strategi daya tindak didapati mempunyai hubungan. Oleh itu, kajian ini mendapati, hubungan antara Emosi RHTN (Y) dipengaruhi oleh faktor Strategi Daya Tindak (X1) dan Psikologi Dakwah (X2) dapat dijelaskan melalui persamaan linear iaitu Y = 0.59 (X1) - 0.25 (X2) + e. Secara keseluruhan, hasil kajian ini mendapati pendekatan psikologi dakwah dan strategi daya tindak mempunyai hubungan yang sesuai diimplementasikan kepada RHTN. Implikasi kajian ini dapat mengupas dan mengetengahkan kompenan-kompenan penting yang terdapat dalam emosi, strategi daya tindak dan pendekatan psikologi dakwah seterusnya dapat membantu rumah perlindungan dan pelbagai agensi di dalam dan luar negara yang terlibat dalam merawat akhlak dan jiwa khususnya kepada RHTN.,Ph.D |
Pages: | 205 |
Call Number: | BP170.85.S5564 2021 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_129132+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 515.54 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.