Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487569
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Nasran Mohamad, Prof. Dr.
dc.contributor.authorMd Yazid Ahmad (P52821)
dc.date.accessioned2023-10-11T08:06:05Z-
dc.date.available2023-10-11T08:06:05Z-
dc.date.issued2020-02-26
dc.identifier.otherukmvital:125448
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487569-
dc.descriptionDewasa ini, di Malaysia, keperluan kepada undang-undang dan mentadbiran harta secara seragam dan sistematik yang selaras dengan kehendak syarak dan sejajar dengan kerangka Perlembagaan Persekutuan serta bersifat proaktif dalam merungkai permasalahan umat Islam berhubung harta yang merangkumi harta pusaka, wasiat, dan hibah adalah amat penting sekali. Ini bertitik tolak daripada kebanyakan permasalahan dari sudut undang-undang dan pentadbiran yang membelenggu setiap instrumen harta tersebut belum dapat diselesaikan secara tuntas yang memberikan impak negatif kepada negara dan masyarakat Islam khasnya. Lantaran itu, tindakan bersepadu berdasarkan strategi pemerkasaan secara holistik meliputi strategi jangka panjang dan jangka sederhana terhadap undang-undang dan pentadbiran setiap instrumen harta orang Islam tersebut merupakan pendekatan yang signifikan dan perlu dimanifestasikan dan diterjemahkan melalui kajian yang komprehensif. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji langkah-langkah pemerkasaan yang telah dilaksanakan berhubung undang-undang dan pentadbiran harta orang Islam di Malaysia, menganalisis konflik dan permasalahan berhubung undang-undang dan pentadbiran harta orang Islam di Malaysia dan mengesyorkan strategi bagi memperkasa undang-undang dan pentadbiran harta orang Islam di Malaysia. Bagi mencapai sasaran objektif, kajian kualitatif yang berdasarkan kajian analisis kandungan ini menggunakan pendekatan kaedah analisis dokumen dalam proses pengumpulan data. Maklumat dan data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan deduktif. Hasil kajian mendapati bahawa proses perkembangan pemerkasaan undangundang dan pentadbiran harta orang Islam yang meliputi pusaka, wasiat dan hibah adalah perlahan. Justeru itu, sememangnya wujud kelemahan yang signifikan rentetan dari isu dan permasalahan yang membelenggu dari aspek undang-undang dan pentadbiran harta yang menghambat pemerkasaan tersebut. Natijahnya, agenda pemerkasaan terhadap undang-undang dan pentadbiran harta orang Islam (pusaka, wasiat dan hibah) di Malaysia perlu dilakar dan direalisasikan bersandarkan kerangka perlembagaan dengan mengadaptasi mekanisme moden yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip syarak. Kajian ini memberi implikasi yang signifikan kepada badan legislatif, eksekutif dan kehakiman khususnya kehakiman syariah dalam usaha melancarkan proses pemerkasaan secara komprehensif dan holistik. Selain itu, kajian ini juga dapat dijadikan sebagai rujukan kepada pengamal undang-undang dan khalayak akademik dalam konteks membentuk mobilisasi agenda pemerkasaan undang-undang dan pentadbiran harta orang Islam agar menjadi kenyataan .,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectPentadbiran harta -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePemerkasaan undang-undang dan pentadbiran harta orang Islam di Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages333
dc.identifier.barcode006312(2021)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125448+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.74 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.