Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487568
Title: | Pelaksanaan dakwah targhib dan tarhib dalam memantapkan akidah remaja di Institut Pemantapan dan Perkaderan Akidah Malaysia (IPHAM) |
Authors: | Nor Azizah Mustapha (P87156) |
Supervisor: | Fariza Md. Sham, Prof. Dr. |
Keywords: | Dakwah Akidah Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 7-Jan-2020 |
Description: | Kajian ini bertujuan mengkaji pelaksanaan dakwah targhib dan tarhib dalam memantapkan akidah remaja di Institut Pemantapan dan Perkaderan Akidah Malaysia (IPHAM). Reka bentuk kajian tinjauan dipilih dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama dan temu bual berstruktur bagi menyokong dapatan kajian. Borang soal selidik diedarkan kepada 467 orang responden yang mengikuti kursus di IPHAM. Sejumlah 298 borang soal selidik yang menepati kenormalan data dianalisis secara deskriptif bagi mendapatkan skor min, purata keseluruhan, kekerapan dan peratusan menggunakan perisian "Statistical Packages for Social Science" SPSS 25.0. Dalam kajian ini ujian crosstabs digunakan untuk mencari perbezaan dan analisis korelasi Spearman's rho untuk mencari hubungan antara dua pemboleh ubah. Sesi temu bual berstruktur pula dilaksanakan melibatkan lima orang informan. Hasil kajian menunjukkan penghayatan dan pengamalan akidah remaja berada pada tahap tinggi dengan purata skor min =4.80. Bagi aktiviti dakwah yang dilaksanakan oleh IPHAM secara purata skor min =4.81 iaitu pada tahap tinggi. Begitu juga pendekatan dakwah targhib dan tarhib berada pada tahap tinggi dengan purata skor min =4.82. Dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan penghayatan dan pengamalan akidah dengan pelaksanaan pendekatan dakwah targhib r (298)= 0.452 dan tarhib iaitu r (298)= 0.403. Dari aspek permasalahan dan cabaran dalam pelaksanaan dakwah targhib dan tarhib kajian mendapati, sudut kefahaman, penerimaan, kandungan bahan kursus, penceramah dan kerjasama pelbagai pihak. Implikasi kajian pula ialah dari sudut meneroka pelaksanaan dakwah targhib dan tarhib menurut al-Quran dan Sunnah, penemuan instrumen baru bagi mengukur penghayatan dan pengamalan akidah seterusnya dakwah targhib dan tarhib sebagai satu model dalam pemantapan akidah remaja.,Ph.D. |
Pages: | 237 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125447+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.03 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.