Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487565
Title: Tafsiran aliran salafiyyah kontemporari ke atas ayat-ayat sifat dan perbandingannya menurut ulama tafsir ahli salaf dan ashariyyah serta kesesuaiannya dengan masyarakat Islam di Brunei Darussalam
Authors: Norasimah Haji Omar (P68798)
Supervisor: Mazlan Ibrahim, Prof. Madya Dr.
Keywords: Salafīyah -- Brunei
Quran -- Criticism, interpretation, etc.
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 30-Nov-2020
Description: Tafsiran aliran Salafiyyah Kontemporari ke atas ayat-ayat Sifat menimbulkan beberapa isu dan menyebabkan perbahasan di kalangan para ulama dan mufassirīn di era mutakhir ini. Sikap mereka yang tegas dalam menegakkan pendapat mereka berkaitan ayat-ayat tersebut dan metodologi tafsirannya menyebabkan mereka mengeluarkan golongan yang tidak sejalan dengan mereka daripada barisan Ahl al-Sunnah wa al-Jamāᶜah dan menghukumkan kafir. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pandangan aliran Salafiyyah Kontemporari terhadap Tafsīr, Ta’wīl dan konsep Ayat Sifat serta perbandingannya menurut para ulama Tafsir Ahli Salaf dan Ashᶜariyyah. Selain itu, ia juga menghuraikan metodologi tafsiran aliran Salafiyyah Kontemporari ke atas ayat-ayat Sifat dan perbandingannya dengan tafsiran para ulama Tafsir Ahli Salaf, yang sering disandarkan kepada mereka setiap hujah aliran Salafiyyah Kontemporari dalam mempertahankan pendapat mereka. Kajian juga bertujuan untuk mengenalpasti metode tafsiran para ulama Tafsir Ashᶜariyyah ke atas ayat-ayat yang sama, yang dianggap menyelisihi metode tafsiran para ulama Tafsir Ahli Salaf. Kajian Kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan ini memfokuskan ke atas beberapa ayat Sifat, yang mengikut pembahagiannya dan tafsirannya oleh ketiga-tiga aliran yang berkenaan. Penganalisisan data kajian menggunakan metode kajian deskriptif, di samping kaedah perbandingan dan kritis. Hasil kajian menunjukkan perbezaan yang jelas antara tafsiran aliran Salafiyyah Kontemporari dengan para ulama Tafsir Ahli Salaf dan Ashᶜariyyah ke atas sebahagian ayat-ayat Sifat disebabkan perbezaan metode tafsiran yang digunakan, yang berpunca daripada percanggahan kefahaman mereka terhadap dua perkara, iaitu (i). makna Ta’wīl dan hukum penerimaan metode tersebut dalam pentafsiran al-Qur'an; dan (ii). pengkategorian Ayat Sifat di antara Muhkam dan Mutashābih. Justeru kajian ini menafikan ketekalan pegangan aliran Salafiyyah Kontemporari dalam menolak penggunaan metode Ta’wīl pada tafsiran mereka terhadap ayat-ayat Sifat dan memberikan implikasi yang positif terhadap sikap wasatiyyah aliran Ashᶜariyyah dalam setiap pegangan mereka, yang sejajar dengan pendapat para ulama Ahli Salaf, termasuk dalam bidang pentafsiran, yang sekaligus mengukuhkan lagi posisi mereka sebagai salah sebuah aliran yang menjadi tunggak utama Ahl al-Sunnah wa al-Jamāᶜah dan menjamin perkembangan Tafsir al-Qur'an. Hal ini juga menjamin keselamatan pegangan umat Islam yang mewarisi pegangan mereka, termasuk masyarakat Islam di Brunei Darussalam.,Ph.D.
Pages: 546
Call Number: BP195.S18N647 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125443+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.22 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.