Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487563
Title: | Tahap persediaan kualiti siswa guru konsep 5 MIM dalam latihan praktikum dan standard guru Malaysia di Institut Pendidikan Guru |
Authors: | Norliza Nor Hashim (P80309) |
Supervisor: | Razaleigh Muhamat@Kawangit, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Teachers -- In-service training Teachers -- Rating of Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 10-May-2020 |
Description: | Kajian ini dijalankan untuk menganalisis tahap persediaan kualiti siswa guru dalam latihan praktikum dan kefahaman mereka terhadap isi kandungan SGM di Institut Pendidikan Guru (IPG), dan seterusnya untuk melihat kualiti siswa guru konsep 5 MIM dari aspek keilmuan, kemahiran dan sahsiah keperibadian yang menyumbang kepada bidang perguruan dan Pendidikan Islam. Sampel kajian adalah siswa guru opsyen Pendidikan Islam dan Bahasa Arab seramai 350 orang dari IPG Kampus seluruh Malaysia yang terbahagi kepada 5 zon iaitu Zon Wilayah Utara, Selatan, Tengah, Timur dan Sabah/ Sarawak. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan data kuantitatif. Teknik persampelan yang digunakan ialah persampelan berstrata (straified sampling). Kajian rintis telah dijalankan dengan nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi soal selidik adalah tinggi (>0.90). Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan min, sisihan piawai dan peratus. Ujian inferensi juga telah dijalankan seperti ujian manova dan korelasi pearson. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya sangat tinggi, tahap persediaan kualiti siswa guru untuk latihan praktikum (min= 4.52), tahap kefahaman terhadap SGM (min= 4.69) dan tahap persediaan kualiti siswa guru melalui konsep 5 MIM (min = 4.59). Seterusnya dapatan analisis kajian membuktikan tahap persediaan siswa guru dari aspek sahsiah keperibadian berada pada kedudukan Mursyid (min= 4.63), tahap keilmuan berada pada kedudukan Murabbi (min= 4.61) dan tahap kemahiran pengajaran dan pembelajaran pada kedudukan Muaddib (min= 4.60). Manakala analisis manova , mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam latihan praktikum berdasarkan opsyen (p= 0.000) dan jantina (0.004). Seterusnya tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan SGM berdasarkan opsyen (p= 0.031) dan terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina (p= 0.000). Analisis korelasi pearson menunjukkan hubungan yang signifikan yang kuat antara konsep 5 MIM dengan latihan praktikum (r=0.875) dan hubungan Konsep 5 MIM dengan SGM, menunjukkan hubungan signifikan yang lemah (r=201). Kajian ini memberi sumbangan kepada kejayaan program latihan praktikum yang dijalankan di IPG dan Model SGM yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menilai tahap persediaan dan kompetensi siswa guru sebelum menjadi guru terlatih. Kajian ini memberi implikasi kepada salah satu program amalan profesional iaitu latihan praktikum, IPGM, IPG, sekolah dan siswa guru seluruh IPG.,Ph.D. |
Pages: | 275 |
Call Number: | LB1731.N647 2020 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125441+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.83 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.