Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487561
Title: Faktor penglibatan remaja dalam lesbian, gay dan transgender di Kota Jambi
Authors: Muhammad Miptahuttoriq Umar (P79497)
Supervisor: Hamdi Ishak, Dr.
Keywords: Sexual minorities -- Indonesia -- Jambi
Sexual minorities -- Religious aspects -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 4-Sep-2020
Description: Lesbian, Gay, dan Transgender merupakan suatu gerakan yang wujud ditengah masyarakat hari ini. Secara asasnya isu Lesbian, Gay, dan Transgender ini sangat membimbangkan bagi kehidupan manusia khususnya remaja kerana memberi impak kepada peradaban dan kemaslahatan sesebuah negara. Kajian-kajian menunjukkan bahawa aspek pendidikan, sosial dan ekonomi memberi kesan terhadap tingkah laku remaja. Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis faktor-faktor pendidikan, sosial, dan ekonomi yang membawa kepada penglibatan remaja dalam Lesbian, Gay, dan Transgender. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah pemerhatian, temubual dan analisis dokumen bagi tujuan mendapatkan jawapan yang sesuai bagi persoalan kajian tersebut. Seramai enam orang responden beragama Islam dari Kota Jambi telah dipilih sebagai peserta dalam kajian ini. Data temubual dan pemerhatian ditranskip dan dipilih mengikut tema-tema. Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan dari aspek pendidikan, semua responden terlibat, disebabkan kerana kurangnya pemahaman mahupun pengamalan dalam agama, terdapat juga beberapa responden mencontohi tokoh yang berjaya, tapi mempunyai perlakuan menyeleweng yang mendorong responden dalam mencontohi perilaku tokoh tersebut. Dari aspek sosial pula faktor-faktor yang menyebabkan mereka terlibat dengan gejalan Lesbian, Gay, dan Transgender ialah ketidak harmonian dalam keluarga, mangsa ganggungan seksual oleh orang terdekat, mangsa buli, terpengaruh dengan perlakuan Lesbian, Gay, dan Transgender dalam media sosial dan juga pergaulan dengan mereka yang terlibat dalam Lesbian, Gay, dan Transgender. Manakala faktor dalam aspek ekonomi pula, ialah ketidakstabilan ekonomi keluarga dan Gaya hidup yang mewah telah menyebabkan Respondenterlibat dan kekal dalam aktiviti Lesbian, Gay, dan Transgender. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa faktor-faktor penglibatan remaja dalam gejala Lesbian, Gay, dan Transgender saling berkait antara aspek pendidikan, sosial dan ekonomi. Remaja yang terlibat dengan Lesbian, Gay, dan Transgender disebabkan kelompangan dalam aspek-aspek tersebut. Kajian ini diharap dapat membantu pihak-pihak yang terlibat seperti Kementerian Agama, Komisi Perlindungan Anak Indonesia, dan Majlis Ulama Indonesia, dalam menangani isu penglibatan remaja muslim dalam Lesbian, Gay, dan Transgender.,Ph.D
Pages: 248
Call Number: HQ73.3.I52J366 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125439+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.6 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.