Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487558
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Muhammad Adib Samsudin, Dr. | - |
dc.contributor.author | Muhammad Nazir Alias (P70928) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T08:05:59Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T08:05:59Z | - |
dc.date.issued | 2021-04-21 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:125436 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487558 | - |
dc.description | Maqāṣid al-sharīᶜah mempunyai kedudukan yang penting dalam ijtihād. Walaupun perbicaraan mengenai maqāṣid al-sharīᶜah dilakukan agak terkemudian daripada perbahasan-perbahasan ilmu uṣūl al-fiqh yang lain, ia diakui oleh ulama mempunyai pengaruh yang besar dalam penentuan hukum syarak. Namun begitu, kedudukannya sebagai sandaran hukum syarak secara langsung tidak disepakati oleh para sarjana Islam kontemporari terutamanya yang bermazhab Syafie. Ulama klasik mazhab Syafie juga tidak menghuraikan secara jelas mengenai kedudukan maqāṣid al-sharīᶜah sebagai sandaran hukum syarak secara langsung walaupun mereka menyatakan kepentingannya dalam penentuan hukum syarak secara umum. Perbahasan maqāṣid al-sharīᶜah biasanya dilakukan oleh para ulama dalam bab qiyās dan maṣlaḥah mursalah, Oleh kerana itu, wujud kesamaran terhadap kedudukan maqāṣid al-sharīᶜah dalam ijtihād bagi menentukan hukum syarak. Lanjutan dari itu juga, wujud kesamaran terhadap parameter ijtihād berasaskan maqāṣid al-sharīᶜah dalam isu-isu semasa yang dihadapi oleh umat Islam seperti dalam permasalahan penggunaan vaksin. Walaupun vaksin diakui dapat mencegah jangkitan penyakit yang berisiko tinggi, sebahagiannya dihasilkan dengan melibatkan bahan-bahan najis seperti vaksin influenza. Terdapat kemusykilan dalam penggunaan vaksin yang mengandungi najis menurut syarak kerana ia diambil ketika seseorang itu sedang sihat dan belum lagi dijangkiti dengan penyakit yang kritikal. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kedudukan maqāṣid al-sharīᶜah sebagai sandaran hukum syarak secara langsung serta mengkaji parameter yang betul berkaitan ijtihād berasaskan kepadanya. Kajian ini juga bertujuan untuk menghilangkan kekeliruan yang selalu timbul antara maqāṣid al-sharīᶜah dan maṣlaḥah mursalah berkaitan penentuan hukum syarak. Kajian ini seterusnya akan mengaplikasi parameter ijtihād berasaskan maqāṣid al-sharīᶜah dalam menentukan hukum penggunaan vaksin yang mengandungi najis. Kajian ini adalah berbentuk kajian kualitatif serta menggunakan metode analisis dokumen secara deskriptif dan induktif. Hasil kajian mendapati bahawa metode istiqrā’ dalam menentukan maqāṣid al-sharīᶜah adalah sama dengan metode analisis tematik yang digunakan dalam kajian kualitatif pada masa kini. Oleh itu, maqāṣid al-sharīᶜah boleh dianggap sebagai tema nas-nas syarak yang boleh menjadi dasar kepada hukum syarak. Kajian juga mendapati bahawa metode analisis tematik juga telah digunakan dalam penentuan kaedah dan prinsip yang boleh menjadi sandaran hukum syarak. Kaedah penentuan hukum berasaskan maqāṣid al-sharīᶜah adalah dengan memastikan tiada nas syarak secara khusus yang menyatakan hukum berkaitan permasalahan yang dihadapi dan seterusnya memastikan bahawa maṣlaḥah yang hendak dicapai dalam permasalahan-permasalahan berkaitan adalah benar-benar selari dengan maqāṣid al-sharīᶜah sama ada pada tahap ḍarūriyyah, ḥājiyyah dan taḥsīniyyah. Berasaskan kepada kajian ini, penggunaan vaksin di Malaysia pada masa kini bagi mencegah penyakit walaupun penghasilannya melibatkan bahan-bahan najis adalah menepati parameter ijtihād berasaskan maqāṣid al-sharīᶜah.,Ph.D | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Maqasid al-syariah | - |
dc.subject | Hukum syarak | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Parameter penentuan hukum syarak berasaskan maqasid al-syariah dan aplikasinya dalam isu semasa | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 207 | - |
dc.identifier.barcode | 005000(2021) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125436+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.63 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.