Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487557
Title: Manhaj al-Shaykh al-Albani fi al-ahadith al-mawqufah allati la-ha hukm al-raf'
Authors: al-Wahshi Ahmed Saeed H. (P84016)
Supervisor: Fadlan Muhammad Othman, Dr.
Keywords: Hadith -- Authorities
Hadith -- Criticism, interpretation, etc.
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-May-2020
Description: Hadith mawquf turut menerima sentuhan kajian dan penilaian karya-karya al-Shaykh al-Albani khususnya hadith mawquf yang memiliki nilai setaraf hadith marfuc iaitu perkhabaran mengenai perkara luar capaian ijtihad manusia. Walau bagaimanapun hal ini belum dikaji secara khusus. Ianya telah menimbulkan kesamaran dalam memahami pendekatan beliau dalam berinteraksi dengan hadith tersebut. Keadaan ini telah mengakibatkan kemunculan institusi kontemporari yang menafikan kewujudan hadith mawquf yang memiliki status marfuc, selain membuka ruang untuk mencabar riwayat Sahabat daripada Ahli Kitab tanpa pengawasan dan kritikan. Senario yang menggusarkan ini adalah berpunca daripada kesamaran gambaran sebenar isu ini dan kegagalan memahami pendekatan tepat yang digunapakai oleh al-Albani. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji kedudukan sebenar hadith mawquf dan pendekatan yang betul dalam berinteraksi dengannya. Ia juga bertujuan menyangkal tanggapan bahawa riwayat para Sahabat diambil daripada Ahli Kitab tanpa pengawasan, di samping menerangkan metode al-Albani dalam berinteraksi dengan hadith mawquf. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan metode analisis data, perbandingan dan tarjih. Analisis data dilaksanakan dengan penelitian terhadap kaedah-kaedah yang digunapakai oleh para ulama hadith dan al-Albani serta dalam merumuskan metode. Kajian juga membuat perbandingan antara pendirian al-Albani dengan pendirian para ulama sebelumnya terhadap hadith- hadith ini. Seterusnya kajian melakukan tarjih mengikut kaedah ilmu hadith. Kajian ini menghasilkan gambaran sebenar tentang hadith mawquf dan membuktikan bahawa para Sahabat telah meriwayatkan hadith daripada Ahli Kitab dengan pengawasan dan penelitian. Hasil kajian turut membuktikan bahawa pendekatan al-Shaykh al-Albani dalam berinteraksi dengan setiap hadith mawquf adalah sesuai dan mengikuti piawaian ilmu hadith. Penyelidikan ini memberikan impak kepada peringkat badan-badan agama kerajaan agar menitikberatkan pemahaman hadith mawquf yang memiliki status marfuc dengan merujuk kepada pakar bidang seperti al-Shaykh al-Albani. Penuntut ilmu pula disarankan agar mengikuti pendekatan para ulama yang berkaliber dalam bidang ini. Seterusnya masyarakat umum digesa untuk memupuk dan meningkatkan budaya beragama yang mapan dengan mengakui dan menerima kehujahan hadith mawquf yang memiliki status marfuc.,Ph.D
Pages: 346
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125435+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.7 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.