Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487556
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHamdi Ishak, Dr.-
dc.contributor.authorWan Hilmi Wan Abdullah (P80534)-
dc.date.accessioned2023-10-11T08:05:58Z-
dc.date.available2023-10-11T08:05:58Z-
dc.date.issued2020-01-22-
dc.identifier.otherukmvital:125434-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487556-
dc.descriptionSeni bacaan tarannum al-Quran merupakan satu bentuk hiburan dalam Islam yang digalakkan oleh Nabi Muhammad SAW. Budaya tersebut telah diamalkan di seluruh pelosok dunia termasuklah negara Mesir. Kemunculan ramai qari di Mesir telah mencetuskan fenomena hebat terutama bidang bacaan tarannum sehingga menjadi ikutan dan panduan oleh para qari di seluruh dunia serta wujud aliran madrasah al-tilawah yang terbesar. Antara keistimewaan bacaan tarannum qari-qari Mesir adalah merangkum semua manhaj utama yang diterapkan dalam bacaan iaitu tajwid, fasahah, usul al-qira'ah, waqf dan ibtida', kaedah tarannum, teknik suara dan gaya persembahan yang unik. Oleh itu, objektif kajian ini adalah bertujuan mengenal pasti metode asas dan menganalisis kriteria-kriteria utama yang diaplikasikan dalam pembacaan tarannum qari-qari Mesir sehingga memperlihatkan kekuatan seni bacaan mereka. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kes yang berbentuk kualitatif menggunakan kaedah analisis dokumen dan temu bual separa struktur. Analisis data pula dilakukan secara pendekatan deskriptif dengan menggunakan perisian Nvivo 12. Hasil kajian ini memperoleh 19 belas metode asas bacaan tarannum yang mengandungi 50 puluh kriteria-kriteria utama. Metode asas tersebut ialah ahkam fann al-tajwid wa ahkam al-tilawah, al-naghamat wa al-tarannum, hifz al-Quran al-tammi, husn al-ada', husn al-sawt, usul al-Qira'at, macani wa fahm al-Quran, macrifah cilm al-sawt, macrifah cilm al-waqf wa al-ibtida', al-tilawah al-muhaqqaqah wa al-tawdihiyyah, al-jumlah al-lahniyyah wa al-maqamiyyah, fasahah al-tilawah, al-lahjah al-misriyyah, madrasah al-shuyukh, al-fann al-rafic, al-tanawwuc al-ada'i, al-tilawah al-ihsasiyyah, dirasah al-daqiqah, qitcah al-ayah. Kesimpulan daripada hasil kajian menemukan tiga keistimewaan yang menjadi asas kekuatan kepada bacaan tarannum qari-qari Mesir iaitu fasahah al-tilawah, madrasah al-shuyukh dan al-lahjah al-misriyyah. Implikasi kajian ini dapat membentuk satu model bacaan tarannum Misri yang boleh digunakan dalam latihan profesionalisme dan kemahiran seni bacaan al-Quran.,Ph.D-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectTarannum-
dc.subjectQari -- Mesir-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKaedah bacaan tarannum Misri qari-qari Mesir-
dc.typeTheses-
dc.format.pages280-
dc.identifier.barcode004998(2021)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125434+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
535.4 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.