Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487548
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Nasyrudin Wan Abdullah, Dr.
dc.contributor.authorKarimuddin Nasution (P89953)
dc.date.accessioned2023-10-11T08:05:53Z-
dc.date.available2023-10-11T08:05:53Z-
dc.date.issued2020-01-20
dc.identifier.otherukmvital:125390
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487548-
dc.descriptionMusdah adalah seorang tokoh feminis Muslimah Indonesia yang lantang dalam menyuarakan kesetaraan gender. Menurut beliau pentafsiran klasik telah menempatkan perempuan lebih rendah daripada lelaki ekoran budaya patriarki dan dominasi lelaki dalam pentafsiran pada masa dahulu. Justeru, pembaharuan pentafsiran dengan semangat kesetaraan dan keadilan gender mutlak diperlukan. Walau bagaimanapun, pentafsiran beliau dalam isu kesetaraan gender telah melahirkan kontroversi dan bertentangan dengan pandangan ulama-ulama Islam. Oleh itu kajian ini bertujuan mengkaji konsep kesetaraan gender Musdah, mengenal pasti pentafsiran Musdah dan menganalisis fiqh pentafsiran Musdah dalam memperjuangkan kesetaraan gender di Indonesia. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Pengumpulan data bersumberkan analisis dokumen yang terdiri daripada karya-karya Musdah dan proses penganalisisan melalui kaedah analisis tematik yang telah melalui proses kesahan Cohen Kappa. Dapatan kajian menunjukkan bahawa konsep kesetaran gender Musdah diasaskan kepada tauhid yang memandang manusia setara. Namun, beliau mengingkari ayat-ayat al-Quran yang menempatkan lelaki dan perempuan berbeza dengan alasan tauhid. Pentafsirannya pula dapat dikategorikan sebagai tafsir tematik dengan mengutamakan maqasid sharicah dan relativisme pentafsiran. Beliau lebih mengutamakan prinsip maqasid daripada ayat-ayat al-Quran yang sudah jelas dan mengingkari suatu pentafsiran dengan alasan tafsir bersifat relatif. Pendekatan pentafsiran beliau pula menggunakan analisis gender dalam setiap pentafsiran, mentafsir dengan perspektif wanita, kritik sejarah dan bahasa Arab. Pentafsiran beliau telah melahirkan fiqh pentafsiran baharu yang berpegang kepada prinsip-prinsip kemaslahatan, keadilan, hak asasi manusia, pluraslime, nasionalisme dan demokrasi. Hasil analisis daripada tema-tema fiqh pentafsiran Musdah, didapati beliau telah melakukan rombakan hukum-hakam yang bertentangan dengan al-Quran dan sunnah serta kesepakatan ulama. Implikasi kajian menunjukkan pentafsiran al-Quran dengan akal semata-mata atau menggunakan cara pandangan Barat (western wordview) telah merosakkan pemahaman Islam yang sebenar. Melalui kajian ini pengkaji menganalisis dan mengkritik pandangan-pandangan Musdah. Di sisi lain, masyarakat diingatkan supaya berhati-hati dengan model pentafsiran Musdah dan yang sefaham dengannya.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectGender -- Indonesia
dc.subjectFeminis muslimah -- Indonesia
dc.subjectMusdah -- Indonesia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleAnalisis pentafsiran Musdah mulia dalam memperjuangkan kesetaraan gender di Indonesia
dc.typeTheses
dc.format.pages316
dc.identifier.barcode006314(2021)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125390+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.6 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.