Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487543
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nik Muhammad Rahimi, Dr. | |
dc.contributor.author | Iman Ahmad Shihub Ibrahim al-Wahidi (P48408) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T08:05:50Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T08:05:50Z | - |
dc.date.issued | 2012-03-15 | |
dc.identifier.other | ukmvital:121647 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487543 | - |
dc.description | Tujuan kajian ini adalah untuk menilai program latihan guru fakulti-fakulti pendidikan di universiti-universiti di Libya. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian deskriptif dengan menggunakan analisis kandungan and borang soal selidik untuk mendapatkan data. Jumlah sampel dalam kajian ini ialah sebanyak 683 yang dipilih secara rawak. Sampel kajian terdiri daripada 19 orang dekan fakulti, 160 orang merangkumi kakitangan akademik, dan penyelia, dan 523 guru pelatih tahun akhir. Kajian mendapati terdapat keselarasan antara objektif pendidikan program latihan guru di fakulti-fakulti pendidikan dengan Falsafah Pendidikan Tinggi Libya. Dapatan dimensi input sumber manusia menunjukkan kelemahan dalam polisi pengambilan guru pelatih dan penjawatan kakitangan akademik. Penilaian dimensi input prasarana, dapatan kajian mendapati bangunan, kemudahan infrastrukur serta media dan teknologi pendidikan yang digunakan menunjukkan skor yang rendah, sekaligus menggambarkan kelemahan atau kekurangan dari aspek ini. Dapatan kajian juga menunjukkan dimensi input kurikulum yang merangkumi kursus-kursus pendidikan, kaedah pengajaran, dan kursus-kursus pengkhususan berada pada tahap min yang rendah. Sementara itu, aspek berkaitan kaedah pengajaran, dapatan kajian menunjukkan nilai min pada tahap sederhana di mana kaedah yang sering diguna pakai adalah bersifat tradisional, iaitu kuliah dan syarahan sahaja. Dapatan juga mendapati kelemahan dalam aspek program latihan amali, pengajaran mikro, bimbingan dan kaunseling, penilaian dan peperiksaan. Justeru bagi meningkatkan kualiti latihan guru di Libya kajian ini mencadangkan antaranya penambahbaikan proses pemilihan calon pelajar yang berkelayakan dari aspek intelektual, motivasi, pengetahuan dan kemahiran. Kajian ini juga mencadangkan supaya diadakan kursus dan latihan berkala bagi tenaga akademik dalam bidang teknologi pengajaran dan kemahiran teknologi maklumat. Selain itu, latihan guru perlu juga meningkatkan kualiti prasarana seperti dewan-dewan kuliah dan fakulti-fakulti pengajaran dan pembelajaran dengan dibekalkan peralatan teknologi pengajaran dalam meningkatkan tahap pelaksanaan program latihan guru yang ada.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | ara | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.subject | Teachers -- Training of -- Libya | |
dc.title | Taqwim baramij 'idad al-mu'allimin bi kulliyat al-tarbiyyah fi al-jami'at al-Libiyyah | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 409 | |
dc.identifier.callno | LB1727.L75W336 2012 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003159 (2012) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121647+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.15 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.