Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487541
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mazlan Ibrahim, Dr. | - |
dc.contributor.author | Ata' al-Rahman (P53171) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T08:05:48Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T08:05:48Z | - |
dc.date.issued | 2015-01-27 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:121644 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487541 | - |
dc.description | Kajian ini memberi tumpuan kepada Tafsīr al-Maẓharī oleh Sheikḥ Muḥammad Sanā'ullah al-cUthmānī al-Hanafī dan Tafsīr Fatḥ al-Bayān fī Maqāṣid al-Qur'ān oleh Sheikḥ Muḥammad Ṣiddīq Ḥasan al-Qanūjī al-Salafī dalam merungkai persoalan akidah dan ibadah dalam tafsiran mereka. Kepentingan kajian ini menonjolkan keperibadian alal- cUthmānī dan al-Qanūjī sebagai ulama tersohor di benua kecil India. Mereka telah menghasilkan usaha-usaha besar untuk berkhidmat kepada bidang sains Islam, terutamanya ilmu tafsīr. Kajian ini merupakan sebahagian daripada sumbangan mereka dalam bidang tafsīr untuk dunia Arab dan Islam. Kajian ini memilih pendekatan metode perbandingan, analisis dokumen dan induktif dalam kajian ini. Kajian ini mengandungi isi-isi penting yang berkaitan dengan pengenalan tempat dan sejarah di mana kedua-dua tokoh tersebut hidup, serta ketokohan mereka dalam bidang keilmuan dan pengaruh di dalam masyarakat. Kajian ini membandingkan metode yang diguna pakai oleh kedua-dua tafsir terhadap ayat-ayat yang berkaitan dengan sifat-sifat ketuhanan di dalam bidang agama dan beberapa peruntukan yang berhubungan dengan ibadah dalam bidang fiqh. Hasil kajian menunjukkan bahawa al-cUthmānī tidak berhujah dengan hadith Aḥād di dalam persoalan akidah, manakala al-Qanūjī berpendapat bahawa semua perkara yang benar daripada Nabi (s.a.w.) adalah berdasarkan hujah dan dalil yang tepat dalam persoalan akidah dan hukum-hakam. al-cUthmānī juga menggunakan kaedah perumpamaan yang tidak jelas maknanya dalam menghuraikan nama-nama Allah dan sifat-Nya, manakala al-Qanūjī pula menggunakan kaedah yang membawa maksud yang jelas. al-cUthmānī mendokong doktrin Hanafi di dalam pentafsiran ayat-ayat hukum, tetapi kadang-kadang beliau menyanggahinya dalam perkara furuc. Manakala al-Qanūjī tidak menyatakan mana-mana mazhab daripada mazhab Fiqh, namun cenderong kepada metode fiqh yang di pegang oleh ahli-ahli hadith. Meskipun terdapat perbezaan pandangan, namun mereka tidak menyalahkan satu sama lain dan tidak menuduh antara mereka sebagai fasiq dan sesat. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak terpengaruh dengan pembawakan mereka dalam bidang akidah dan fiqh seperti yang disaksikan pada zaman mereka berlakunya pertelingkahan antara kumpulan dan mazhab. Ini kerana mereka adalah daripada kalangan yang benar-benar memahami agama secara mendalam di samping sifat warak yang dimiliki. Buku-buku tafsiran mereka memberi implikasi khususnya di rantau ini dari aspek kayanya dengan bahan-bahan ilmiah dan penerimaan masyarakat terhadapnya.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | ara | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Qur'an -- Criticism | - |
dc.subject | interpretation | - |
dc.subject | etc. -- History. | - |
dc.subject | Qur'an -- Hermeneutics | - |
dc.title | al-Manhaj al-tafsiri 'inda al-shaykhayn al-'Uthmani wa al-Qanuji :dirasah muqaranah fi masa'il al-'aqidah wa al-'ibadah | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 279 | - |
dc.identifier.callno | BP130.45.R337 2015 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121644+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 8.16 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.