Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487534
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorMuhammad Munzir Jalal (P46363)
dc.date.accessioned2023-10-11T08:05:45Z-
dc.date.available2023-10-11T08:05:45Z-
dc.date.issued2012-06-21
dc.identifier.otherukmvital:121453
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487534-
dc.descriptionKajian ini menyentuh tentang isu air yang menjadi asas terpenting dalam hubungan antarabangsa, khususnya apabila masalah ini mengundang ketegangan antara negara serantau di dunia khasnya negara yang berkongsi sumber air seperti Iraq dan Turki. Kepentingan kajian ini sesuai dengan objektifnya yang cuba menarik perhatian dunia dan rantau Arab khususnya kepada polisi air Kerajaan Turki yang melibatkan projek-projek pengairan sendiri dan memberi kesan negatif kepada wilayah serantau. Kajian ini juga bertujuan untuk memaparkan kaitan rapat antara pemuliharaan sumber air dan kesannya terhadap negara terbabit di sudut keselamatan, politik dan ketenteraan. Ia juga bertujuan untuk mendedahkan polisi air Israel yang mengeksploitasi sumber air negara Arab melalui projek pengairan Turki demi kepentingan Israel. Kajian ini menganalisis polisi alternatif kerajaan Iraq terhadap Turki untuk meminimumkan kesan negatif yang dijangkakan. Metod yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif dan analisis berstruktur untuk menentukan fenomena ini, skop dan tahapnya. Metod perbandingan pula digunakan sebagai instrumen mengenalpasti isu-isu baru dan lama dan kaitannya dengan fenomena permasalahan sepanjang kajian. Kajian sejarah juga digunakan untuk mengetahui punca permasalahan manakala kajian undang-undang dilakukan untuk mengenalpasti kesan isu ini berdasarkan tafsiran undang-undang antarabangsa. Jangkauan masa depan juga dilakukan untuk mendapatkan gambaran masa depan hubungan negara-negara serantau dalam isu-isu berbangkit. Antara dapatan terpenting dalam kajian ini ialah krisis dan masalah air antara Turki dan Iraq adalah masalah tertunggak sejak dahulu dalam kontek hubungan antara dua negara. Ini dapat dilihat menerusi kelonggaran kerjasama antara negara serantau dalam isu Tigris dan Euphrates, ditambah pula dengan tindakan unilateral Turki yang berterusan dalam mendapatkan haknya dengan mengenepikan kepentingan Iraq dan Syria. Kajian ini juga mendapati keyakinan negara serantau dan antarabangsa dapat dipulihkan semula secara lebih berkesan dalam menjelaskan ciri-ciri polisi air Kerajaan Turki kerana ia jelas mencabuli prinsip gunasama serantau terhadap sumber air antarabangsa. Kajian ini mencadangkan supaya kerangka kerjasama strategi yang baru antara negara serantau diwujudkan, kerana ia mampu mencadangkan penyelesaian terhadap krisis ini.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
dc.language.isooth
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectWater resources development -- Government policy --Turkey
dc.subjectWater-supply-- Government policy -- Turkey
dc.titleAl-siyasah al-ma'iyyah al-Turkiyyah fi hawdi Dijlah wa al-Furat wa tada'iyatuha 'ala al-Iraq li al-fatrah 1990-2009
dc.typeTheses
dc.format.pages292
dc.identifier.callnoHD1698.T9J337 2012 tesis
dc.identifier.barcode003091 (2012)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121453+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.35 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.