Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487530
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ibnor Azli Ibrahim, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Abd Alraheem Amhimmid Salim Abu Sayf (P81653) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T08:05:42Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T08:05:42Z | - |
dc.date.issued | 2020-02-19 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:121143 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487530 | - |
dc.description | Kajian ini menggarap isu keterlibatan kanak-kanak yang berumur kurang daripada lapan belas tahun dalam kancah peperangan dan konflik bersenjata, di samping penjelasan mengenai perundangan dan hak mereka dari sudut syarak. Isu ini menyerlahkan permasalahan utama dan kepentingan kajian untuk mengenal pasti faktor-faktor keterlibatan kanak-kanak sehingga mengheret mereka terjerumus ke dalam kancah peperangan dan aktiviti keganasan. Golongan ini mempergunakan beberapa lakuna dalam undang-undang yang menyebabkan hak kanak-kanak ini tidak dapat dilindungi sepenuhnya dalam situasi peperangan dan konflik. Berdasarkan kenyataan ini, objektif kajian ini adalah untuk mengamati isu keterlibatan kanak-kanak dan bagaimana mereka dipergunakan dalam peperangan dan konflik sepanjang zaman, di samping menentukan pendirian syariat Islam terhadap perekrutan kanak-kanak dan mengenal pasti dasar perlindungan kanak-kanak daripada direkrut dalam peperangan di peringkat antarabangsa mahupun setempat dari sudut syariah dan undang-undang. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan aspek undang-undang antarabangsa yang menyebabkan hak kanak-kanak tidak dapat dilindungi sepenuhnya dalam situasi peperangan dan konflik bersenjata serta kedudukan pendirian syariat Islam terhadapnya. Kajian kualitatif ini menggunakan metode induktif dengan menelusuri peristiwa berkaitan secara menyeluruh dan beberapa peristiwa masa kini yang berlaku di persada antarabangsa, secara khususnya di beberapa negara Arab seperti Yemen, Syria dan Libya dengan menganalisis teks al-Qur'an, Hadith dan undang-undang antarabangsa secara khusus. Metode sejarah digunakan untuk meneliti fakta-fakta sejarah dan menggunakan data serta bukti yang diperoleh untuk dianalisis secara kritis bagi memahami peristiwa lampau dan membetulkan apa yang boleh ditambah baik pada masa akan datang. Di samping itu, metode utama turut digunakan, iaitu metode induktif analitik dengan mengkaji dan menganalisis teks undang-undang serta nas-nas syarak bagi mencapai hasil kajian yang dikehendaki, di samping metode wawancara yang dilakukan dengan beberapa individu dan tokoh serta pegawai yang bertanggungjawab dan mempunyai hubungan yang rapat dengan topik kajian. Dapatan kajian ini menghujahkan bahawa terdapat perbezaan dasar yang menjadi sandaran antara syariat Islam, undang-undang dan konvensyen antarabangsa bagi melindungi golongan kanak-kanak dan remaja daripada proses perekrutan. Hal ini jelas menunjukkan kelemahan kriteria yang diterima pakai oleh undang-undang antarabangsa berbanding dengan ketetapan syariat Islam khususnya. Tambahan pula, terdapat kekeliruan dan pertikaian dalam menentukan umur yang dibenarkan untuk perekrutan secara tepat. Perkara ini membolehkan beberapa negara dan kumpulan bersenjata memanipulasi keadaan dengan merekrut golongan tersebut yang tidak mampu mengharungi kesukaran dalam kancah peperangan. Dapatan kajian juga jelas menunjukkan bahawa terdapat pengeksploitasian golongan yang belum baligh untuk melaksanakan aktiviti keganasan yang kebiasaannya dilakukan dengan cara mempengaruhi, memperdaya dan 'mencuci otak' golongan kanak-kanak ini sehingga mereka mengganggap setiap segala aktiviti keganasan tersebut sebagai satu lumrah kehidupan.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Kanak-kanak | - |
dc.subject | Konflik bersenjata | - |
dc.subject | Peperangan | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Penglibatan kanak-kanak dalam konflik bersenjata dan hak mereka menurut syariah dan undang-undang | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 278 | - |
dc.identifier.barcode | 004849(2020) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121143+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 6.11 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.