Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487529
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIbnor Azli Ibrahim, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorMukhlis Bakri (P56992)-
dc.date.accessioned2023-10-11T08:05:41Z-
dc.date.available2023-10-11T08:05:41Z-
dc.date.issued2019-09-18-
dc.identifier.otherukmvital:121142-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487529-
dc.descriptionSyeikh Abd al-Karim Zaydan merupakan salah seorang tokoh ulama fiqh kontemporari yang terkenal. Beliau telah berjaya menghasilkan 41 buah karya penulisan. Antara karyanya yang paling terkenal iaitu al-Mufassal fi Ahkam al-Mar'ah wa al-Bayt al-Muslim fi al-Shariah al-Islamiyyah merupakan kitab penting dalam bidang fiqhapabila ia disahkan sebagai bahan rujukan oleh ulama ahli Majmac al-Fiqh di Mekah. Walau bagaimanapun, didapati masih sedikit kajian lepas yang mengkaji mengenai ketokohan Syeikh Zaydan. Selain itu, masih wujud perbezaan pendapat mengenai manhaj penulisan dan isu-isu syariah yang dikemukakan oleh Syeikh Zaydan dalam kitab al-Mufassal fi Ahkam al-Mar'ah. Ini kerana belum adanya kajian secara spesifik sehingga penting untuk dijalankannya kajian ini bagi lebih menambahkan maklumat dan memberikan kefahaman mengenai ketokohan, manhaj dan isu-isu syariah dalam kitab al-Mufassal fi Ahkam al-Mar'ah. Kajian ini menggunakan reka bentuk analisis kandungan. Pengumpulan data dilakukan melalui metode analisis dokumen dan temu bual tidak berstruktur. Kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif dan kualitatif dalam menganalisis data yang dikumpulkan. Hasil kajian mendapati bahawa Syeikh Zaydan merupakan salah seorang tokoh ulama fiqh yang sederhana dan berwawasan kontemporari serta tidak terikat dengan mazhab Hanafi yang diyakini. Beliau mempelajari ilmu syariah menerusi pengajian rasmi sehingga mencapai gelaran doktor falsafah serta pengajian tidak rasmi secara bertalaqqi dengan para masyaikh di Baghdad dan di Kaherah. Manhaj penulisan beliau terdapat 14 iaitu; mengemukakan nas, ijmak, al-qiyas, qawl al-sahabi, mengemukakan pandangan ulama tersohor, pandangan ulama yang rajih, perbezaan pendapat ulama tanpa tarjih, al-istihsan, menonjolkan persamaan dan perbezaan fiqh antara lelaki dengan wanita, mengemukakan maqasid al-shariah, al-maslahah, rukhsah, kaedah fiqh dan prihatin terhadap hikmah penetapan hukum syarak. Kajian juga mendapati perbahasan mengenai isu-isu syariah berkenaan ibadat berjumlah 990 isu antaranya 725 isu yang am, 115 isu yang khas untuk wanita dan 150 isu mengenai wanita dan lelaki dengan menggunakan istilah tashmal (mencakupi) atau sawa' (sama) di mana 83 isu mengenai wanita dianalisis berdasarkan manhaj tersebut sehingga kitab al-Mufassal sangat memadai untuk jadi bahan rujukan dan pengajaran kepada semua kalangan, khasnya wanita.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectKetokohan-
dc.subjectSyeikh Abd Al-Karim Zaydan-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKetokohan Syeikh Abd Al-Karim Zaydan dan analisis isu-isu syariah dalam al-Mufassal Fi Ahkam Al-Mar'ah Wa Al-Bayt Al-Muslim Fi Al-Shariah Al-Islamiyyah-
dc.typeTheses-
dc.format.pages364-
dc.identifier.barcode004850(2020)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121142+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.2 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.