Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487525
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Shofian Hj. Ahmad, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Asmawati (P56755) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T08:05:39Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T08:05:39Z | - |
dc.date.issued | 2019-01-30 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:121140 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487525 | - |
dc.description | Perkembangan sektor kewangan global berjaya menyediakan kewangan mikro bagi masyarakat miskin dan berpendapatan rendah. Kewangan mikro Syariah wujud untuk memenuhi keperluan pengusaha mikro muslim dan membangun sosio-ekonomi mereka. Persoalannya adakah kewangan mikro Syariah koperasi Syariah Baitul Qirad mampu memberi sumbangan kepada pembangunan sosio-ekonomi pelanggannya. Kajian ini bertujuan menilai impak kewangan mikro dalam pembangunan sosio-ekonomi masyarakat yang ditinjau dari prestasi usaha, rumah tangga, dan peribadi pengusaha mikro. Bagi mencapai tujuan, metod kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik digunakan untuk mengumpulkan data responden. Sebanyak 207 soal selidik berjaya dikumpulkan dari 211 yang diagihkan, seterusnya dianalisis dengan teknik analisis dekriptif menggunakan perisian SPSS 18.0 dan teknik analisis Model Persamaan Berstruktur (SEM) menggunakan perisian SmartPLS 3. Hasil kajian model persamaan bersruktur didapati bahawa kewangan mikro, profil pengusaha, dan profil usaha berpengaruh kepada prestasi usaha dengan nilai f2 0,459 yang ditunjukkan dengan meningkatkan hasil penjualan, pengeluaran usaha, aktiviti ekonomi, jumlah pekerja dan kepemilikan alat transportasi. Manakala pengaruh kewangan mikro Syariah yang kuat kepada rumah tangga dengan nilai f2 sebesar 0,671 menjelaskan peningkatan pendapatan, perbelanjaan rumah tangga yang berkesan kepada bertambahnya simpanan dan kemampuan memenuhi keperluan pendidikan anak, pemakanan dan kesihatan. Sedangkan pengaruh kepada impak peribadi dengan nilai f2 0,292 dalam kategori lemah, ini bermakna pentingnya meningkatkan perkhidmatan sosial dari segi kekerapan dan liputan. Dapatan kajian juga mendapati profil demografi iaitu indikator taraf pendidikan dan etika moral keagamaan responden mempunyai pengaruh yang kuat kepada impak peribadi dengan nilai f2 0,316, berpengaruh sederhana kepada usaha dengan nilai f2 0,219 dan rumah tangga dengan f2 0,074. Profil usaha didapati berpengaruh kepada impak usaha dan peribadi masing-masing dengan nilai f2 iaitu 0,501, dan 0,404, tetapi berpengaruh lemah terhadap impak rumah tangga dengan f2 0,128. Impak kepada pengurangan kadar kemiskinan adalah positif dimana sebanyak 20,6% berjaya berada di atas garis kemiskinan. Kesimpulannya, kewangan mikro Syariah telah memberi impak positif kepada prestasi usaha, rumah tangga dan kepribadian pelanggan Baitul Qirad. Hasil kajian ini dapat dijadikan panduan dan maklumat oleh Jabatan Koperasi dan Usaha Kecil Menengah (UKM) Pemerintah Aceh dalam menyusun strategi untuk membangun koperasi Syariah di Aceh supaya mereka mampu mempertingkatkan kemampuan dalam menyediakan perkhidmatan kewangan dan latihan yang lebih baik untuk meningkatkan pengetahuan keusahawanan dan keagamaan pelanggan.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Baitul Qirad | - |
dc.subject | Pengusaha mikro -- Provinsi Aceh | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Impak Baitul Qirad ke atas pembangunan sosio-ekonomi pengusaha mikro di Provinsi Aceh | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 220 | - |
dc.identifier.callno | HG178.33.I5A836 2019 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 004854(2020) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121140+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.09 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.