Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487523
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Azimul Fahimi Kamaruzaman, Dr. | - |
dc.contributor.author | Osama Saad Ali Elshilabi (P77222) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T08:05:39Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T08:05:39Z | - |
dc.date.issued | 2019-04-17 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:121138 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487523 | - |
dc.description | Sepanjang sejarahnya, bandar Baitulmuqaddis merupakan wilayah kepada pelbagai tamadun dan agama samawi yang silih berganti tetapi selepas kedatangan Islam, bandar tersebut menjadi perhatian umat Islam. Kajian ini membincangkan keadaan aktiviti ilmu di Bandar Baitulmuqaddis sepanjang sejarah kerajaan Mamluk; menjelaskan ciri-ciri periode tersebut, kesignifikanan politik dan agama bagi bandar tersebut semasa pemerintahan Mamluk; dan menelesuri sistem pendidikan serta kematangan dan penyusunannya dalam semua bidang akademik. Kajian ini bertujuan sebagai jihad ilmu dan melindungi warisan Baitulmuqaddis yang menghadapi proses kehilangan. Ia bertujuan untuk memperlihatkan kesucian bandar tersebut yang setiap hari dinodai oleh penceroboh Zionis. Sebagai satu fasa penting dalam sejarah Baitulmuqaddis serta tamadun Arab dan Islam, kajian ini menganalisis faktor perkembangan ilmu pengetahuan dan peranan kerajaan Mamluk dalam menggerakkan kemajuan ilmu dan menyokong para ilmuwannya. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menyelidiki situasai Baitulmuqaddis dalam sistem politik dan pentadbiran kerajaan Mamluk, sumbangannya dalam mengstabilkan kerajaan dan peranannya dalam mengadakan hubungan luaran dengan Eropah. Juga, ia bertujuan untuk menerokai sistem pendidikan Baitulmuqaddis, beberapa faktor yang signifikan dan sejauh mana wakaf Islam memudahkan aktiviti akademik dan membantu serta memelihara semua institusi agama dan akademik daripada musnah. Begitu juga, ia bertujuan untuk menyelidiki pyramid fungsi dan ilmu bagi institusi pendidikan di bandar tersebut dan kesannya dalam bentuk perkembangan ketamadunan dan kelahiran ilmuwan Baitulmuqaddis yang produktif. Kajian ini mengguna pakai pendekatan petikan teks sejarah tentang peristiwa dan kehidupan para sultan dan kaedah deskripsi analitikal yang dapat memperhalusi dan menjelaskan data berkenaan, selain dokumen sejarah dan hujah-hujah wakaf tersebut yang menunjukkan suasana aktiviti akademik Baitulmuqaddis. Didapati bahawa Baitulmuqaddis memainkan peranan yang penting dalam menyokong pemerintah Mamluk ketika itu ketikamana mereka menggunakan bandar tersebut sebagai alasan agama dengan memperlihatkan diri mereka sebagai pelindung tempat-tempat suci dalam Islam daripada ancaman tentera salib dan dari sudut politik, mereka mengusir musuh politik dan para putera raja ke bandar tersebut untuk menjinakkan mereka dengan menjalani kehidupan dalam kalangan masyarakat Baitulmuqaddis yang kuat keagamaan. Kerajaan Mamluk juga membuat pelaburan dalam perkhidmatan yang diberikan kepada penghijrah Kristian yang datang daripada Eropah untuk memperluaskan pengaruh mereka serta meningkatkan sosio-ekonomi mereka. Seterusnya, wakaf Islam menyumbang dalam meneguhkan institusi pendidikan dan segala tuntutan wakaf Islam telah mencorakkan perlembagaan institusi tersebut dalam soal perlantikan guru, pengambilan pelajar, penentuan metode pengajaran, penetapan cuti dan kedudukan gaji kaki tangan. Kedatangan yang mencurah para penghijrah ilmu ke Baitulmuqaddis membawa kepada kelahiran pelbagai mazhab agama, metode pengajaran dan penghasilan karya yang melewati diskriminasi etnik. Hasilnya, bandar tersebut mengalu-alukan semua ilmuwan dan para pelajar untuk mendapat manfaat daripada perkembangan ilmu serta turut tinggal berjiran dengan tempat-tempat suci Islam.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Kerajaan Mamluk | - |
dc.subject | Baitulmuqaddis | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Aktiviti intelektual Baitulmuqaddis era kerajaan Mamluk pada periode (741-690H/1290-1340AD) | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 221 | - |
dc.identifier.callno | DS109.92.E44 2019 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 004843(2020) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121138+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.15 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.