Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487518
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Salasiah Hanin Hamjah, Profesor Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Dyg Hjh Ummi Fa'izah Hj Abdul Rahman (P63016) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T08:05:36Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T08:05:36Z | - |
dc.date.issued | 2016-05-09 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:121118 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487518 | - |
dc.description | Statistik gejala sosial dalam kalangan masyarakat Islam kini telah berada pada tahap yang membimbangkan dan sudah cukup untuk pihak yang berkenaan berfikir betapa perlunya satu mekanisme yang dirangka untuk menjana pembangunan insan. Menyedari dan menginsafi perkara ini beberapa langkah yang proaktif serta profesional perlu diambil bagi menjamin keutuhan umat daripada diganggu gugat oleh masalah insaniah yang melampau. Pusat Dakwah Islamiah merupakan sebuah organisasi dakwah kerajaan yang bernaung di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama sangat banyak berperanan dalam merealisasikan program-program dakwah dalam kalangan umat Islam sam ada meningkatkan kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat Islam dan juga mengenalkan Islam sebagai sebuah cara hidup kepada golongan non-Muslim yang terdiri daripada pelbagai bangsa di Negara Brunei Darussalam. Sebagai salah sebuah organisasi dakwah yang bertanggungjawab menyampaikan ajaran Islam yang syumul kepada masyarakat Islam, sudah tiba masanya untuk mengetahui persepsi masyarakat Islam terhadap keberkesanan pendekatan dakwah Pusat Dakwah Islamiah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti perkembangan dakwah yang dijalankan di Negara Brunei Darussalam sebelum dan selepas kemerdekaan. Di samping itu juga kajian ini bertujuan untuk mengkaji peranan dan pendekatan dakwah oleh Pusat Dakwah Islamiah sebagai agensi dakwah kerajaan. Selain itu juga, kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis persepsi masyarakat Islam terhadap keberkesanan pendekatan dakwah yang dijalankan oleh Pusat Dakwah Islamiah. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Soal selidik digunakan sebagai instrumen utama bagi mendapatkan data. Seramai 370 orang telah terlibat dalam kajian ini. Penganalisisan data dilakukan dengan menggunakan SPSS version 21 dan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min (purata). Hasil kajian mendapati persepsi masyarakat terhadap pendekatan dakwah Pusat Dakwah Islamiah adalah pada tahap yang sederhana dengan nilai min=3.35. Dapatan ini menunjukkan Pusat Dakwah Islamiah hendaklah meningkatkan dan menerapkan pendekatan dakwah yang lebih berkesan di dalam aktiviti dakwah agar agama Islam itu lebih dihayati dan dijadikan sebagai panduan hidup masyarakat Islam di Negara Brunei Darussalam. Hasil kajian ini memberi implikasi penting ke atas Pusat Dakwah Islamiah dalam merancang pelan dan strategi dakwah untuk masyarakat Islam di Brunei Darussalam,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah,Ph.D | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Pusat Dakwah Islamiah Brunei Darussalam | - |
dc.subject | Dawah (Islam) | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Persepsi masyarakat Islam terhadap keberkesanan pendekatan dakwah Pusat Dakwah Islamiah Brunei Darussalam | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 212 | - |
dc.identifier.callno | BP170.85.D95 2016 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003125 (2016) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121118+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.66 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.