Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487513
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Nasir Omar, Prof.Dr. | - |
dc.contributor.author | Abdullah Firdaus (P50627) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T08:05:32Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T08:05:32Z | - |
dc.date.issued | 2015-01-12 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:120868 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487513 | - |
dc.description | Awal abad kedua puluh merupakan abad nasionalisme dan gerakan kemerdekaan khususnya bagi kebanyakan negara berpenduduk Islam seperti India dan Indonesia. Bermula daripada gagasan dan pemikiran pembaharuan yang dikemukakan oleh ramai tokoh pembaharu muslim, di antaranya adalah Muhammad Iqbal dan Mohammad Natsir yang mendorong kepada pemahaman dan aplikasi yang tepat mengenai agama. Sikap dan pandangan tentang agama tersebut mencetuskan gagasan dan aksi politik yang berorientasi ke arah kemerdekaan. Ini memandangkan aspek keyakinan dan agama memainkan peranan penting dalam kebanyakan pertubuhan dan gerakan yang ada di tengah-tengah masyarakat, khususnya yang berlaku di India dan Indonesia. Gerakan pembaharuan ini juga memberi impak kepada lahirnya negara Islam dan juga negara bangsa. Walau bagaimanapun kajian pemikiran pembaharuan ke atas agama, politik dan kenegaraan yang dikonsepsikan Muhammad Iqbal dan Mohammad Natsir merupakan isu yang sangat penting dan baru untuk dikaji kerana pemikiran mereka memberi impak kepada persepsi politik Islam ke atas generasi selanjutnya. Kajian mengenai kedua-dua tokoh dan isu-isu pembaharuan yang dikonsepsikan oleh mereka berdua belum dijalankan selama ini. Kajian ini bertujuan untuk mendedahkan pemikiran agama, politik dan kenegaraan yang dibawa oleh Muhammad Iqbal (M.1938) di India dan Mohammad Natsir (M.1992) di Indonesia dan melihat bagaimana pandangan tokoh berkenaan dalam mengemukakan hubungan antara agama dan negara; politik dan kenegaraan serta konsep pentadbiran negara dalam perspektif Islam. Kajian ini menggunakan metode perbandingan bagi menilai pendekatan kedua-dua tokoh dalam mengkonsepsikan gagasan pembaharuan yang berkenaan dengan isu agama, politik dan negara. Di samping itu juga kajian ini menggunakan metode deskriptif analisis dan analisis kandungan iaitu dengan cara menumpukan kepada dokumen dan penulisan sedia ada daripada tokoh yang dikaji. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kedua-dua tokoh berpandangan bahawa agama dan negara merupakan sebuah kesatuan yang tidak dapat dipisahkan. Agama sebagai pedoman etika, moral dan kerohanian umat manusia dalam hidup mereka, sedangkan negara berperanan sebagai pemelihara dan pelaksana cita-cita agama. Konsep negara Islam bukanlah teori belaka, secara operasional ia dapat diwujudkan. Kekuatan negara Islam terletak pada prinsip tawhid dan kenabian terakhir, yang merefleksikan kedaulatan Tuhan sebagai asas negara. Kajian ini mengimplikasikan bahawa konsep perpaduan yang dibina berdasarkan bimbingan al- Quran dan Tradisi Kenabian akan mewujudkan sebuah bentuk demokrasi yang berteraskan persamaan, toleransi, kesejahteraan sosial dan keadilan di hadapan hukum. Ini kerana tujuan daripada negara Islam ialah untuk mentransformasi syariat Ilahi ke dalam realiti sosial, bagi mencapai kejayaan zahir dan batin, dunia dan akhirat.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Iqbal | - |
dc.subject | Muhammad | - |
dc.subject | --Sir | - |
dc.subject | -1877-1938 | - |
dc.subject | Natsir | - |
dc.subject | M. | - |
dc.subject | --1908-1993--Political and social views | - |
dc.subject | Islam and politics | - |
dc.subject | Islam and state | - |
dc.title | Agama dan negara dalam gagasan pembaharuan Muhammad Iqbal (M.1938) dan Mohammad Natsir (M.1993 | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 301 | - |
dc.identifier.callno | BP173.6.A235 | - |
dc.identifier.barcode | 003015 (2015) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120868+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.46 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.