Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487512
Title: | Ciri kualiti guru bahasa Arab Sekolah Menengah Kebangsaan Agama |
Authors: | Al-Muslim Mustapa @ Ab Rahim (P60370) |
Supervisor: | Zamri bin Arifin, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Arabic teachers -- Malaysia -- Attitudes Arabic language -- Study and teaching (Secondary) -- Malaysia |
Issue Date: | 9-Jun-2016 |
Description: | Guru merupakan faktor penting yang mempengaruhi pencapaian pelajar. Kejayaan sebuah pendidikan mencerminkan kualiti guru yang terlibat. Di Malaysia, bahasa Arab telah mendapat tempat dalam sistem pendidikan negara dengan Akta Pendidikan 1977. Namun kajian lepas terhadap pencapaian pendidikan bahasa Arab menunjukkan hasil yang mendukacitakan. Faktor guru telah dikenal pasti sebagai salah satu halangan utama kejayaan pendidikan bahasa Arab. Proses penilaian kualiti guru akan membantu pihak berkenaan mengenal pasti kelemahan sebelum tindakan pencegahan dan rawatan diambil. Kajian ini bertujuan mengenal pasti ciri atau kategori kualiti yang perlu dimiliki oleh guru bahasa Arab (GBA) peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) sebagai langkah pertama dalam siri penilaian kualiti guru. Di samping itu, kajian turut menilai model pengukuran SEEQ sebagai instrumen penilaian kualiti pendidikan menengah bahasa Arab mengikut konteks Malaysia. Kajian ini menggabungkan pendekatan kajian kualitatif dan kuantitatif secara berasingan menggunakan instrumen soal selidik. Responden kajian kualitatif adalah 9 guru cemerlang bahasa Arab dan 90 pelajar. Seramai 491 pelajar dipilih melalui pensampelan kelompok sebagai sampel kajian kuantitatif. Lokasi kedua-dua kajian ialah SMKA seluruh Malaysia. Data kualitatif dianalisis melalui pendekatan deskriptif dan komparatif menggunakan perisian Atlas.ti. Analisis Faktor Pengesahan (CFA) dan Cronbach Alpha digunakan untuk data kuantitatif menerusi perisian AMOS dan SPSS. Hasil kajian terhadap pengamalan guru cemerlang bahasa Arab mendapati terdapat 17 ciri kualiti GBA yang mewakili 4 kategori iaitu 1) Personaliti, 2) Penilaian dan Maklum Balas, 3) Pengurusan Kelas dan Pelajar, dan 4) Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Dapatan juga mendedahkan corak persamaan dan perbezaan dalam menentukan kualiti guru berpandukan perspektif guru dan pelajar. Guru didapati cenderung kepada penilaian lebih komprehensif berbanding pelajar yang mementingkan kualiti hubungan baik guru pelajar. Dapatan di formulasi kepada Model Kualiti Asas GBA. Kajian juga mendapati instrumen penilaian kualiti luar seperti SEEQ tidak berpadanan dengan data di Malaysia kecuali dengan penambahbaikan. Impak kajian boleh dilaksanakan oleh pihak berkenaan seperti Institut Pendidikan Guru, Jemaah Nazir dan pihak guru sendiri untuk proses pembentukan, latihan, penambahbaikan dan penilaian ke arah pembentukan GBA yang berkualiti dalam konteks Malaysia.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" |
Pages: | 268 |
Call Number: | LB1775.4.M4A44 2016 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487512 |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120846+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.4 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.