Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487511
Title: Undang-undang dan pentadbiran harta pusaka orang Islam di Malaysia:kajian diseksyen pembahagian pusaka dan Amanah Raya Berhad
Authors: Mohd Zamro Muda (P42413)
Supervisor: Mohd Nasran Mohamad, Prof. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malay--Malaysia--Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Inheritance and succession (Islamic law)--Malaysia
Issue Date: 9-Jul-2016
Description: Di Malaysia, perkara-perkara yang berkaitan dengan pusaka bagi orang-orang Islam adalah termasuk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri-negeri sepertimana diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan iaitu Senarai 2(1) Senarai Negeri. Manakala urusan berkaitan dengan pentadbiran pusaka berwasiat dan tak berwasiat maka ia termasuk dalam Senarai Persekutuan iaitu Senarai 1(4)(e)(i) dan (ii) sebagaimana yang diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Disebabkan dengan peruntukan ini, maka terdapat empat agensi utama dalam pembahagian dan pentadbiran harta pusaka orang Islam di Malaysia iaitu Mahkamah Syariah, Mahkamah Tinggi Sivil, Seksyen Pembahagian Pusaka dan Amanah Raya Berhad. Bidang kuasa keempat-empat agensi ini pula telah ditentukan oleh undang-undang yang berbeza. Berdasarkan kepada kepelbagaian agensi dan undang-undang ini, statistik merekodkan sehingga 31 Mac 2011 sejumlah RM42 billion nilai harta pusaka beku berpunca daripada kelewatan pembahagian harta pusaka. Kajian ini memfokuskan kepada dua agensi utama dalam pentadbiran harta pusaka iaitu Seksyen Pembahagian Pusaka dan Amanah Raya Berhad. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti undang-undang yang diguna pakai di Malaysia dalam urusan pembahagian dan pentadbiran harta pusaka orang Islam di Malaysia dan mengkaji bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam pentadbiran harta pusaka orang Islam. Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis aplikasi undang-undang dan prosedur tuntutan harta pusaka di Seksyen Pembahagian Pusaka dan Amanah Raya Berhad berdasarkan peruntukan undang-undang. Kajian ini merupakan kajian analisis kandungan yang menggunakan pendekatan kaedah analisis dokumen dalam proses pengumpulan data. Data-data yang dikumpulkan dianalisis melalui pendekatan deskriptif dan komparatif. Hasil kajian mendapati bahawa dalam urusan pembahagian dan pentadbiran harta pusaka di Malaysia terdapat tiga jenis harta pusaka iaitu harta pusaka kecil, harta pusaka biasa (besar) dan harta pusaka ringkas. Ketiga-tiga jenis harta ini terikat dengan undang-undang yang berbeza. Kepelbagaian undang-undang ini telah menjadi salah satu punca kepada kelewatan pembahagian harta pusaka dan peningkatan kos pengurusannya. Bidang kuasa Mahkamah Syariah amat terbatas dalam soal pentadbiran harta pusaka iaitu hanya menentukan bahagian setiap waris yang berhak dalam bentuk Sijil Faraid atau Perintah Faraid. Seterusnya, urusan selanjutnya melibatkan Seksyen Pembahagian Pusaka jika harta pusaka kecil dan Amanah Raya Berhad jika harta pusaka ringkas. Hasil kajian ini memberi implikasi penting ke atas agensi yang terlibat dengan urusan pembahagian dan pentadbiran harta pusaka seperti Seksyen Pembahagian Pusaka dan Amanah Raya Berhad dalam melakukan usaha penambahbaikan ke atas pengurusan masing-masing ke arah mempercepatkan proses pembahagian harta pusaka dengan meringkaskan prosedur yang ada. Namun, usaha ini merupakan satu langkah jangka pendek sahaja, dan langkah jangka panjangnya ialah pihak kerajaan hendaklah menggubal suatu undang-undang khusus berkenaan dengan pentadbiran harta pusaka dengan memusatkan pentadbirannya.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 431
Call Number: BP158.I45M849 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120843+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
12.01 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.