Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487510
Title: Perbandingan produk pembiayaan perumahan Islam di Malaysia berdasarkan teori pilihan pengguna menurut kerangka maqasid al-shariah
Authors: Zamzuri Bin Zakaria (P41711)
Supervisor: Shofian Ahmad, Prof. Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia--Dissertations
Loans (Islamic law)--Malaysia.
House buying--Malaysia
Dissertations, Academic -- Malaysia
Finance--Religious aspects--Islam
Issue Date: 2-May-2016
Description: Produk pembiayaan perumahan secara Islam di Malaysia ditawarkan oleh perbankan Islam tempatan dan luar negara, termasuk juga institusi kewangan lain seperti koperasi dan perbendaharaan negara. Institusi kewangan tersebut dibenarkan untuk mengguna prinsip kontrak terbaik bagi produk mereka seperti BBA, musharakah mutanaqisah, tawarruq. Selain elemen asas dalam pinjaman yang sewajarnya diketahui sebelum membuat pilihan seperti kadar keuntungan, margin pembiayaan, tempoh berkunci dan lain-lain, prinsip kontrak yang berbeza juga boleh dipilih untuk mencari tawaran produk manakah yang sesuai dengan keperluan dan terbaik mengikut kerangka kehendak syarak (maqasid al-sharicah). Namun berdasarkan kajian lepas, keupayaan masyarakat mengetahui perbezaan perkara asas tersebut masih di tahap yang rendah kerana antara puncanya tiada panduan yang komprehensif. Kajian ini bertujuan untuk membina garis panduan pilihan pembiayaan perumahan Islam menurut teori pilihan pengguna dan maqasid al-sharicah. Menganalisis produk pembiayaan perumahan di Malaysia berasaskan perbezaan kategori institusi dan prinsip kontrak. Menilai produk dan institusi terbaik berasaskan teori yang dibina. Kajian berbentuk kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan dan kajian kes kolektif. Proses pengumpulan data pula adalah dengan membuat temu bual separa struktur dan analisis kandungan. Manakala proses penganalisaan data dijalankan secara deskriptif dan perbandingan terhadap institusi kewangan dengan penilaian terhadap sepuluh elemen utama pembiayaan; konsep syariah, jenis hartanah, kadar faedah, kadar siling, margin pembiayaan, tempoh, had pembiayaan, tempoh berkunci, penalti dan cawangan institusi. Terdapat dua teori yang dijadikan asas analisis iaitu teori pilihan pengguna dan teori maqasid al-sharicah. Hasil kajian mendapati, prinsip kontrak terbaik adalah musharakah mutanaqisah diikuti ijarah dan tawarruq. Dari segi institusi, perbankan Islam sepenuhnya adalah terbaik berdasarkan maqasid al-sharicah. Manakala hasil pengukuran menggunakan elemen asas pembiayaan yang disesuaikan dengan teori yang dibina, penawaran produk terbaik di kalangan 10 institusi dipilih ialah Maybank Islamic, diikuti Bank Al Rajhi dan Perbendaharaan Negara. Antara implikasi kajian adalah wujudnya panduan yang komprehensif bagi pilihan pembiayaan perumahan secara Islam. Rujukan kepada institusi khidmat nasihat pinjaman dan kewangan seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), iMoney dan lain-lain lagi melalui muat naik panduan ini dalam laman sesawang mereka dan mengintegrasikannya dengan kadar keuntungan semasa (ELR) dan kadar pembiayaan asas (BR) yang sentiasa berubah mengikut bank atau instusi. Institusi kewangan dan khidmat nasihat dicadangkan menyenarai dan mengemaskinikan maklumat pembiayaan pinjaman semasa di laman sesawang masing-masing.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 328
Call Number: BP158.L6Z34 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120842+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.86 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.