Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487501
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Nasyrudin Wan Abdullah, Dr.-
dc.contributor.authorSakinah Saptu (P63021)-
dc.date.accessioned2023-10-11T08:05:26Z-
dc.date.available2023-10-11T08:05:26Z-
dc.date.issued2016-06-20-
dc.identifier.otherukmvital:120786-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487501-
dc.descriptionMutakhir ini keterujaan kalangan penuntut ilmu pengajian Islam terhadap sanad melahirkan tanggapan bahawa semua ilmu berkaitan agama Islam perlu dipelajari secara bersanad. Justeru, kegagalan menuntut ilmu secara bersanad menyebabkan tiada kesinambungan ilmu dari Nabi s.a.w. Berikutan dari itu, sanad dijadikan sebagai indikator kepada kesahan ilmu dan kefahaman agama. Sanad juga diberikan kepada mereka yang tidak berkelayakan sehingga berlaku pengambilan sanad dengan tujuan mengumpul sanad dan berbangga dengannya. Oleh itu, kajian ini memfokuskan tiga objektif, iaitu mengenalpasti sejarah sanad dan aplikasinya dalam pengajian Islam, mengenalpasti kedudukan sanad sebagai syarat kesahan ilmu dalam pengajian Islam dan menganalisa relevansi aplikasi sanad dalam pengajian Islam pada masa kini. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan kajian sejarah dan dokumentasi. Data dikumpul menggunakan kaedah analisis dokumen, temubual separa struktur dan observasi penyertaan tanpa kawalan di Darul Quran Singapura (DQS) dan Tradisi Halaqah. Data pula dianalisis secara deskriptif dan tematik. Hasil kajian mendapati bahawa aplikasi sanad bagi semua ilmu pengajian Islam ialah amalan dari ulama Mutaqaddimun. Justeru, tiada isu terputus kesinambungan ilmu agama dari Nabi s.a.w jika tidak dipelajari secara bersanad. Selain dari itu, aplikasi sanad bukan indikator kesahan ilmu dan kefahaman agama di mana ia dinilai dari aspek peribadi, akhlak dan kemahiran ilmu agama. Oleh itu, ilmu agama layak diambil dari guru yang tidak melalui pengajian secara bersanad dan disampaikan oleh mereka. Seterusnya, relevansi aplikasi sanad dalam pengajian Islam pada hari ini dinilai dari dua aspek, iaitu aplikasi sanad didapati tidak relevan lantaran tujuan sanad sudah tertunai. Keberadaan sanad pula kurang bermanfaat kerana para perawi di zaman ini tidak boleh diperiksa kredibilitinya. Namun, aplikasi sanad relevan bagi mengekalkan silsilah sanad, meneruskan tradisi pembelajaran ulama terdahulu dan menghasilkan ilmuan agama bersanad. Implikasi dari kajian ini dapat mempertahankan pusat, fakulti, institusi dan para sarjana pengajian Islam yang tidak mengaplikasi sistem sanad dari sebarang penolakan yang tidak berasas oleh manamana individu, pelajar dan masyarakat Islam.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectIslam-Study and teaching-History.-
dc.subjectHadith-Evidences-
dc.subjectauthority-
dc.titleMekanisme sanad dalam Pengajian Islam pada masa kini-
dc.typeTheses-
dc.format.pages225-
dc.identifier.callnoBP42.S338 2016 tesis-
dc.identifier.barcode003005 (2016)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120786+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.57 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.