Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487500
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Hailani Muji Tahir, Prof. Dato' Dr. | - |
dc.contributor.author | Aidil Alfin (P29915) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T08:05:25Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T08:05:25Z | - |
dc.date.issued | 2012-05-28 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:120744 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487500 | - |
dc.description | Ini adalah satu kajian tentang peranan dan aplikatif zakat sebagai instrumen jaminan sosial dalam Islam. Kajian ini dilaksanakan di salah satu institusi pengurusan zakat di Malaysia, iaitu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Institusi ini boleh dianggap mewakili pelbagai institusi zakat yang ada di Malaysia terkait dengan kecekapan dan prestasinya dalam pengurusan zakat. Kajian ini bertujuan menyingkap konsep dan pelaksanaan jaminan sosial dalam Islam dan perbezaannya dengan jaminan sosial konvensional, hubung kait zakat dengan jaminan sosial dalam Islam, kemungkinan pengagihan zakat kepada selain delapan golongan (asnaf), aplikatif zakat sebagai jaminan sosial di MAIWP dan menganalisis peluang instrumen zakat ini menjadi dasar bagi jaminan sosial kebangsaan. Kajian ini menggunapakai kaedah kualitatif dengan menggabungan antara kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Kajian kepustakaan melibatkan pengumpulan data dari buku, jurnal, file-file dan dokumen. Manakala kajian lapangan melibatkan pengumpulan data dari temu bual secara mendalam. Data yang diperolehi dianalisis dan dibentangkan dalam bentuk laporan yang bersifat deskriptif. Hasil kajian ini mendapati bahawa konsep dan pelaksanaan jaminan sosial dalam Islam lebih bersifat komprehensif berbanding jaminan sosial konvensional dan zakat menjadi instrumen utama jaminan sosial dalam islam. Tidak harus mengagihkan zakat kepada selain lapan golongan (asnaf), tetapi terbuka peluang mentafsirkan asnaf-asnaf itu mengikut keperluan semasa. Zakat telah memainkan peran sebagai instrumen jaminan sosial di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, walaupun masih wujud kelemahan dalam mengimplementasikan konsep zakat sebagai instrumen jaminan sosial. Contohnya kontradiktif antara konsep mu'allaf dengan syarat penerima skim bantuan. Akan tetapi, secara keseluruhan prestasi agihan zakat yang meningkat dari semasa kesemasa menunjukkan kesungguhan MAIWP dalam mengimplementasikan zakat sebagai instrumen jaminan sosial. Pencapaian ini boleh menjadi model bagi menjadikan zakat sebagai dasar jaminan sosial Kebangsaan. Usaha dan komitmen semua pihak di antaranya kerajaan, komuniti masyarakat muslim dan sumber manusia adalah mustahak bagi mewujudkan gagasan ini.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Zakat -- Malaysia | - |
dc.subject | Social security -- Religious aspects -- Islam | - |
dc.subject | Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.title | Zakat sebagai instrumen jaminan sosial : kajian pelaksanaannya di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 377 | - |
dc.identifier.callno | BP180.A435 2012 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 002909 (2012) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120744+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.61 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.