Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487472
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Kaseh Abu Bakar, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Surina Hamed (P47279) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T08:05:11Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T08:05:11Z | - |
dc.date.issued | 2018-08-24 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:114186 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487472 | - |
dc.description | Amalan motivasi pengajaran untuk memelihara keinginan pelajar mempelajari dan menguasai bahasa asing sering dibincangkan, khususnya dalam mempelajari bahasa kedua. Namun kajian lepas menunjukkan bahawa ramai yang kecundang dalam mempelajari bahasa Arab berkait rapat dengan motivasi untuk belajar bahasa Arab. Terdapat banyak kajian tentang motivasi pembelajaran bahasa kedua bagi membantu guru melindungi motivasi pelajar. Kajian ini bertujuan membina modul latihan perguruan bahasa Arab berasaskan 'The Components Of Motivational L2 Teaching Practice'; seterusnya melihat kesesuaian modul tersebut dalam kalangan guru pelatih. Kajian ini merangkumi tiga fasa utama, iaitu fasa pertama tentang analisis keperluan bagi meneliti keperluan dibangunkan modul ini. Seramai empat orang guru bahasa Arab, dua orang pensyarah dan enam orang guru pelatih ditemubual. Fasa kedua merupakan peringkat pembinaan modul yang merangkumi prinsip-prinsip asas modul pengajaran yang berkesan. Seramai lapan orang pakar dilibatkan bagi menilai modul tersebut menerusi pertandingan pameran penyelidikan, temu bual dan soal selidik. Fasa ketiga pula berkaitan pendedahan modul kepada peserta kajian seramai 20 orang guru pelatih dan seorang tenaga pengajar. Kajian ini berbentuk deskriptif dan data diperolehi menerusi gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif yang melibatkan soal selidik, analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Data yang dikumpul daripada soal selidik pakar dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Excel. Sementara data soal selidik pelajar dianalisis menggunakan pakej Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version 11. Dapatan kajian menunjukkan bahawa modul ini meningkatkan kesedaran guru dalam memotivasikan pelajar bahasa Arab (m=4.90; s.p 0.308). Ia juga memberikan kemahiran baharu tentang strategi dan teknik pengajaran dalam menangani masalah motivasi pelajar bahasa Arab (m=4.85; s.p .366). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa peserta berpuas hati terhadap modul yang dibina dari aspek memberi pengetahuan dan kemahiran baharu tentang amalan pengajaran berasaskan komponen motivasi. Kajian ini dapat memberikan idea baharu kepada guru pelatih untuk mengamalkan strategi pengajaran ke arah memotivasi dan mengekalkan minat pelajar untuk mempelajari bahasa Arab.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Arabic teachers -- Training of -- Malaysia | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pembinaan modul motivasi untuk latihan perguruan program ijazah sarjana muda perguruan bahasa Arab | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 263 | - |
dc.identifier.callno | LB1727.M4S845 2018 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 004339(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114186+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.67 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.