Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487469
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ku Suhaila Ku Johari, Dr. | |
dc.contributor.author | Nadziroh Md Zubir (P76076) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T08:05:10Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T08:05:10Z | - |
dc.date.issued | 2019-09-13 | |
dc.identifier.other | ukmvital:112744 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487469 | - |
dc.description | Terapi Filial merupakan satu terapi perhubungan ibu bapa-anak yang mana ibu bapa diberi latihan pendekatan terapi bermain secara berstruktur untuk diaplikasikan bersama anak di dalam sesi bermain yang teraputik di rumah. Secara umumnya Terapi Filial merupakan satu pendekatan berbentuk psiko-pendidikan dan mengaplikasikan bimbingan dan kaunseling dalam prosesnya. Tujuan kajian ini adalah meneroka aplikasi Terapi Filial yang dijalankan secara kelompok kepada para ibu oleh kaunselor dan juga meneroka pengalaman ibu mengikuti latihan Terapi Filial dan menjalankan sesi bermain bersama anak. Kajian ini juga, meneroka cabaran peranan keibubapaan yang dialami oleh peserta sebelum mengikuti Terapi Filial dan meneroka perubahan dalam peranan keibubapaan yang dialami oleh ibu dalam mengendalikan tingkah laku serta emosi anak selepas mengikuti Terapi Filial. Seramai 11 pasangan peserta kajian yang terdiri daripada ibu dan anak berbangsa Melayu telah dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan. Kaedah analisis tematik dan analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Data dianalisis menggunakan perisian N-Vivo 12. Terdapat empat hasil kajian utama yang diperoleh daripada kajian ini. Pertama ialah kajian menunjukkan cabaran peranan keibubapaan yang dialami oleh ibu dalam mengendalikan tingkah laku dan emosi anak sebelum mengikuti Terapi Filial terdiri daripada isu perhubungan ibu-anak, kesukaran ibu mengawal diri dan anak, kesukaran ibu memahami emosi anak, ibu dan anak kurang masa berkualiti, kurang pengetahuan tentang keibubapaan, mengendalikan isu tingkah laku dan emosi anak fokus. Kedua, pendekatan psiko-pendidikan kelompok menekankan pembelajaran yang tersusun dan sistematik memudahkan para ibu memahami serta menggunakan kemahiran tersebut di dalam dan luar sesi bermain. Terapi Filial juga dapat berfungsi sebagai sistem sokongan kepada ibu serta meningkatkan pengetahuan mengenai keibubapaan dan kanak-kanak dan pengetahuan berkaitan kemahiran Terapi Bermain dan kaunseling. Ketiga, pengalaman bermain dapat membantu ibu mengenal pasti permasalahan anak dengan jelas. Terdapat lima proses dan fasa yang dialami oleh para ibu semasa menjalankan sesi bermain iaitu menetapkan matlamat, kekok bermain, penyesuaian dalam sesi bermain, peka terhadap perasaan anak dan mahir menggunakan kemahiran. Terdapat juga beberapa tingkah laku ibu yang membantu dan menghalang ditemui semasa proses bermain. Keempat, Terapi Filial memberi perubahan dalam peranan keibubapaan yang dialami oleh ibu dalam mengendalikan tingkahlaku dan emosi anak fokus selepas mengikuti sesi Terapi Filial. Secara khususnya kesan penglibatan ibu dalam Terapi Filial dapat memberi kesan dan perubahan ke atas diri, anak fokus, hubungan ibu bapa-anak dan juga keluarga. Terapi Filial juga sesuai digunakan dan diamalkan dalam konteks Malaysia. Terdapat tiga implikasi iaitu polisi, bidang ilmu kaunseling dan keatas masyarakat khususnya ibubapa dan anak. Seterusnya beberapa cadangan kajian akan datang turut dikemukakan bagi mengukuhkan lagi dapatan kajian ini dalam konteks Malaysia.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Group play therapy | |
dc.subject | Group psychotherapy for children | |
dc.subject | Parent-child interaction therapy | |
dc.subject | Counseling | |
dc.subject | Psychotherapy | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Penerokaan Terapi Filial dalam kaunseling kepada ibu dan anak | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 471 | |
dc.identifier.callno | RJ505.P6N333 2019 tesis | |
dc.identifier.barcode | 004292(2019) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_112744+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.21 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.