Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487458
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Jaffary Awang, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Roziah Chek (P58284) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T08:05:03Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T08:05:03Z | - |
dc.date.issued | 2018-04-30 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:107100 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487458 | - |
dc.description | Realitinya, dakwah dan ajaran Islam semakin mendapat sambutan positif masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Ini terbukti melalui peningkatan jumlah penduduk bukan Islam yang memeluk Islam, khususnya di negeri Sarawak. Namun begitu, kekurangan pengetahuan agama Islam dalam kalangan mualaf Bidayuh menyebabkan interaksi mereka dengan penganut bukan Islam tidak selari dengan ajaran agama. Tambahan pula terdapatnya amalan dan tradisi yang bercanggah dengan Islam masih diamalkan dalam masyarakat Bidayuh Sarawak. Ia menimbulkan kekeliruan terhadap pemahaman dan praktik terhadap ajaran Islam. Oleh itu, kajian bertujuan menganalisis tahap pengetahuan asas dan kefahaman agama masyarakat Bidayuh Islam, mengkaji tahap pengamalan agama masyarakat Bidayuh Islam, mengkaji sikap penerimaan masyarakat Bidayuh Islam terhadap agama dan kehidupan beragama serta mengenal pasti bentuk interaksi dan hubungan antara agama masyarakat Bidayuh Islam di Sarawak. Kajian tertumpu kepada masyarakat Bidayuh di bahagian Kuching dan Kota Samarahan Sarawak. Kajian ini berbentuk analisis kandungan dan kuantitatif menggunakan kaedah populasi, persampelan, temubual dan soal selidik. Kajian analisis kandungan dibuat dengan merujuk dokumentasi buku, manuskrip, tesis dan lain-lain. Selain itu, temubual telah dilaksanakan terhadap 25 orang responden yang terdiri daripada kalangan responden Bidayuh Islam dan bukan Islam bagi mengetahui tahap sikap penerimaan dan hubungan antara agama dalam kalangan masyarakat Bidayuh. Dalam menjalankan kajian kuantitatif, sebanyak 600 borang kaji selidik diedarkan kepada responden di mana hanya 364 borang soal selidik sahaja yang digunakan dalam kajian ini. Responden adalah dalam kalangan Bidayuh Islam yang dipilih secara purposif. Data-data yang dikumpulkan dianalisis melalui pendekatan deskriptif, inferensi dengan menggunakan ujian-ujian statistik para metrik iaitu ujian T test Satu Hala, Anova Satu Hala, MANOVA, Korelasi Pearson, Regresi Berganda dengan menggunakan kaedah analisis statistik perisian komputer Versi 21. Hasil kajian mendapati bahawa agama mempengaruhi pola pemikiran dan tingkah laku masyarakat Bidayuh Islam Sarawak, khususnya dalam aspek interaksi, pemakaian dan percakapan. Skor min keseluruhan objektif kajian berada di tahap yang tinggi menunjukkan pegangan keagamaan yang kukuh dalam perlaksanaan nilai dan ajaran Islam. Walaupun begitu, terdapat beberapa aspek perlu diperbaiki khususnya dalam aspek dakwah Islam dan lain-lain. Semua pihak seharusnya bekerjasama dalam memikul tanggungjawab tersebut. Kajian ini diharap dapat menyumbang kepada perbincangan ilmiah dalam mengukuhkan pengetahuan Islam di Sarawak di samping membuka ruang pengkajian terhadap agama secara lebih proaktif. Implikasi kajian mencadangkan agar program-program agama diperbanyakkan khususnya terhadap masyarakat Bidayuh Islam Sarawak ke arah pembentukan Khayra Ummah.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Bidayuh (Bornean People) -- Religion | - |
dc.subject | Bidayuh (Bornean People) -- Religious life and customs | - |
dc.subject | Religious life -- Islam -- Sarawak | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Kehidupan beragama masyarakat Bidayuh Islam di Sarawak | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 435 | - |
dc.identifier.callno | BP188.R63 2018 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003811(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_107100+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.92 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.