Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487457
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Basir Mohamad, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorRohanee Machae (P68806)-
dc.date.accessioned2023-10-11T08:05:03Z-
dc.date.available2023-10-11T08:05:03Z-
dc.date.issued2018-01-02-
dc.identifier.otherukmvital:107094-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487457-
dc.descriptionSyariat Islam dan peruntukan dalam Undang-undang Keluarga Islam telah menetapkan hak-hak yang sepatutnya kepada ibu tunggal. Islam tidak membezakan kedudukan ibu tunggal, baik akibat kematian mahupun perceraian. Ini kerana, mereka mendapat perhatian sewajarnya daripada Allah SWT. Bagaimanapun terdapat kes-kes yang disiarkan dalam akhbar dan media menjelaskan kesusahan dan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh ibu tunggal dan anak-anaknya khususnya dalam masyarakat Selatan Thailand. Lebih serius lagi, apabila mereka hidup dalam masyarakat yang menghadapi konflik berterusan. Ini kerana kebanyakan mereka tidak mendapat hak-hak yang diperuntukkan dan tinggal bersendirian tanpa diberikan perhatian oleh mana-mana pihak. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kedudukan ibu tunggal dalam Islam dan mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh mereka di Selatan Thailand. Di samping itu, hak dan perlindungan ibu tunggal juga turut dikenal pasti seperti mana yang diperuntukkan dalam Undang-undang Keluarga Islam. Kajian ini juga, mengemukakan cadangan-cadangan memperkasakan hak-hak ibu tunggal bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup mereka bagi memperkasakan ekonomi, kesejahteraan dan pelaksanaan penyelidikan dan penyelarasan. Lokasi kajian meliputi tiga wilayah Selatan Thailand iaitu Patani, Yala dan Narathiwat. Sementara responden kajian adalah terdiri dalam kalangan ibu tunggal baik yang diceraikan oleh suami, suami mati, suami hilang dan suami di penjara. Untuk tujuan tersebut, pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian ini dengan merujuk kepada metode analisis data secara induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa Undang-undang Keluarga Islam dan Undang-undang Thailand dapat melindungi ibu tunggal dalam aspek nafkah anak, nafkah ciddah, mutcah, hadanah, harta sepencarian, harta pusaka dan hak menuntut fasakh. Namun, apabila diteliti sebenarnya Undang-undang Thailand masih tidak merangkumi semua hak-hak ibu tunggal dan terdapat juga beberapa perkara yang tidak dilindungi secara langsung. Keberkesanan penguatkuasaannya amat tidak memuaskan kepada ibu tunggal kerana pengabaian pihak suami masih berterusan, sehingga mengakibatkan sebahagian besar ibu tunggal tidak menuntut hak mereka. Kekurangan ilmu pengetahuan dan kesukaran prosedur di Mahkamah serta rasa takut kepada suami menjadi punca hak mereka diabaikan. Keadaan ini tidak sewajarnya berlaku dan pihak berkuasa perlu lebih tegas dalam menguatkuasakan peruntukan mengenai hak-hak ibu tunggal. Akhirnya, cadangan-cadangan memperkasakan hak-hak ibu tunggal dikemukakan agar boleh dijadikan sebagai panduan kepada pihak berkenaan khasnya kepada pihak kerajaan dalam usaha membentuk dasar dan strategi bagi mengubahkan nasib hidup ibu tunggal dalam masyarakat Selatan Thailand.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSingle mothers -- Religious aspects -- Islam -- Thailand-
dc.subjectSingle mothers -- Thailand-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleHak dan perlindungan ibu tunggal menurut perspektif Islam di Selatan Thailand-
dc.typeTheses-
dc.format.pages348-
dc.identifier.callnoHQ759.915.R62 2018 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_107094+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.72 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.