Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487456
Title: | Dasar pembangunan pertanian menurut perspektif Islam: analisis Dasar Pertanian Negara (DPN) |
Authors: | Mohd Borhanuddin Zakaria (P56651) |
Supervisor: | Amir Husin Mohd Nor, Prof. Dr. |
Keywords: | Agriculture -- Religious aspects -- Islam -- Malaysia Agriculture and state -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 1-Nov-2018 |
Description: | Dasar Pertanian Negara (DPN) 1 1984-1991, DPN 2 1992-1997, DPN 3 1998-2010 dan Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2011-2020 merupakan satu langkah transformasi yang diusahakan oleh kerajaan dalam meningkatkan kualiti makanan negara. Pelbagai perancangan yang khusus telah dibuat melalui DPN dan DAN. Walau bagaimanapun, kelemahan DPN dalam mengurangi kadar import makanan yang terus meningkat dari segi pengeluaran dan kadar sara diri (SSL) dan pencapaian matlamat dari segi modal insan, nilai tambah, eksport dan import. Seterusnya pencapaian DPN juga didapati tidak menentu, barang yang hendak dikurangkan pengeluarannya terus meningkat sebaliknya barang yang hendak ditingkatkan pengeluarannya terus berkurangan. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji konsep pertanian dan pembangunan tanah pertanian mengikut persepektif Islam. Selain itu, kajian ini juga menganalisis DPN dan DAN berkaitan pembangunan tanah pertanian yang merangkumi isu-isu keselamatan dan kelestarian alam sekitar menurut perspektif Islam. Bentuk kajian ini adalah kualitatif. Pengumpulan data dilakukan melalui analisis kandungan daripada sumber-sumber seperti laporan-laporan rasmi, surat pekeliling, laporan tahunan, laporan jabatan, rancangan kewangan, laporan agensi, data-data penunjuk pengeluaran makanan asasi, padi dan beras serta melihat tahap sara diri SSL dalam tempoh tahun bermula DPN. Selain itu, maklumat diperoleh melalui kaedah temu bual tidak berstruktur terhadap individu-individu yang mempunyai autoriti dan berkait secara langsung dengan kajian ini. Metode penganalisisan data adalah melalui analisis dokumen yang bersandarkan kepada metode induktif dan deduktif. Data-data yang diperoleh dan dianalisis ini disampaikan secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa dasar pembangunan pertanian Islam ialah menghapuskan dharar, mengetengahkan konsep al-falah wa al-khusran, mewujudkan konsep al-khalifah, mengelakkan segala bentuk al-israf, menekankan konsep awlawiyyat dalam meningkatkan kualiti makanan dan pendapatan negara, menekankan produk pemakanan yang halal dan bersih. Kajian juga mendapati sebahagian DPN dan DAN tidak menepati konsep pertanian Islam dari aspek pembangunan insan dan pembangunan seimbang (vertical horizontal), konsep fiqh al-awlawiyyat, maslahah umum, maqasid al-sharicah, konsep tauhidiyyah, rububiyyah, tazkiyyah, tanzimiyyah, khilafah, insaniyyah dan akhlaqiyyah. Implikasi kajian secara langsung terhadap agensi yang terlibat iaitu Kementarian Pertanian & Industri Asas Tani dapat menjadikan kajian ini sebagai rujukan untuk menerapkan dasar pertanian Islam untuk mentransformasikan dasar DPN dan DAN sejajar dengan syarak.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D. |
Pages: | 328 |
Call Number: | S471.M4M35 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487456 |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_107092+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.59 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.