Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487455
Title: | Pengurusan dan pentadbiran negara menurut al-Mawardi (972-1058m) dan al-Ghazali (1058-1111m) |
Authors: | Muhammad Syahir Abu Bakar (P69578) |
Supervisor: | Kamaruddin Salleh, Prof. Madya. Dr. |
Keywords: | Islam and state Political science -- Islamic countries Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 15-Mar-2018 |
Description: | Pada zaman teknologi maklumat moden masa kini, peranan pengurusan dan pentadbiran Islam semakin terpinggir terutamanya dalam aspek negara. Ia berpunca daripada kurangnya pendedahan ilmu dan lemahnya penghayatan dalam kalangan masyarakat terhadap konsep pengurusan dan pentadbiran Islam yang sebenar. Sehubungan itu, satu kajian mengenai pengurusan dan pentadbiran negara terhadap dua orang tokoh Islam yang termasyhur iaitu menurut al-Mawardi (975-1058 M) dan al-Ghazali (1058-1111 M) telah dilakukan bagi memartabatkan kembali pengurusan dan pentadbiran Islam. Kajian ini bertujuan untuk membanding dan menilai pengurusan dan pentadbiran negara antara al-Mawardi dan al-Ghazali bagi mencari persamaan dan perbezaan yang meliputi aspek sumber pemikiran, prinsip serta amalan pengurusan dan pentadbiran negara. Kajian ini bersifat kualitatif yang berbentuk analisis kandungan. Data-data dianalisis menggunakan metode induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian mendapati bahawa pengurusan dan pentadbiran negara al-Mawardi dan al-Ghazali mempunyai beberapa persamaan dan perbezaan. Walaupun pengurusan dan pentadbiran negara mereka berdua dilihat sama-sama bertunjangkan fiqh siyasah, namun bezanya pengurusan dan pentadbiran negara al-Mawardi itu lebih cenderung kepada sistem dan perundangan Islam, manakala al-Ghazali pula dilihat lebih cenderung kepada adab dan akhlak. Tambahan pula, hasil kajian ini juga telah berjaya menggabungkan pengurusan dan pentadbiran negara menurut mereka berdua lalu telah menghasilkan sebuah model yang dikenali sebagai 'Pengurusan dan Pentadbiran Negara yang Berteraskan kepada Sistem Perundangan dan Nilai-Nilai Etika serta Moral' yang mana ia kelihatan sangat sesuai diaplikasikan dalam masyarakat dan negara pada masa kini terutamanya di Malaysia. Keseluruhannya, pengurusan dan pentadbiran negara al-Mawardi dan al-Ghazali ini adalah berteraskan ajaran Islam yang menjaga hubungan manusia dengan Allah SWT dan sesama manusia demi mencapai al-falah serta mardah Allah SWT. Dengan demikian, kajian ini memberikan sumbangan yang sangat penting bagi membina sebuah pengurusan dan pentadbiran negara yang mengikut acuan Islam demi mewujudkan negara yang baik (baldah tayyibah) dan umat yang terbaik (khayr ummah).,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D. |
Pages: | 518 |
Call Number: | BP173.6.M76 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487455 |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_107083+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.66 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.