Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487447
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKaseh Abu Bakar, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorMat Nawi Mat Jusoh (P54190)
dc.date.accessioned2023-10-11T08:04:58Z-
dc.date.available2023-10-11T08:04:58Z-
dc.date.issued2017-04-20
dc.identifier.otherukmvital:99990
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487447-
dc.descriptionNahu merupakan salah satu komponen penting dalam mata pelajaran BA di sekolah. Namun, kajian lepas menunjukkan salah satu punca kebanyakan pelajar kurang mampu menguasai nahu BA berkait rapat dengan bahan pengajaran yang kurang berkesan. Penggunaan rumus dalam pengajaran dan pembelajaran dijangka boleh membantu pemahaman terhadap konsep nahu dengan lebih jelas. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap penguasaan nahu BA, membangunkan modul berasaskan rumus untuk pengajaran nahu BA dan seterusnya melihat keberkesanan modul tersebut dalam kalangan pelajar. Kajian ini merangkumi empat fasa utama, iaitu fasa I tentang analisis keperluan bagi melihat persepsi pelajar dan guru. Seramai 94 orang pelajar Tingkatan Empat berserta tujuh orang guru terlibat. Dua set soal selidik diedarkan. Fasa II berkaitan pembinaan modul berkaitan prinsip asas modul yang berkesan. Fasa III berkaitan semakan modul oleh lapan orang pakar dan satu set soal selidik yang mengandungi 48 item. Fasa IV berkaitan pendedahan modul selama dua minggu kepada peserta kajian seramai 19 orang. Satu set soal selidik yang mengandungi 32 item menggunakan pengukuran berskala Likert disediakan. Ujian pra dan pasca turut dilaksanakan. Data kajian diperoleh menerusi gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif yang melibatkan soal selidik, analisis dokumen dan pemerhatian dan temu bual. Data yang dikumpul daripada skor ujian pelajar dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Excel bagi melihat min dan peratus. Sementara data soal selidik pelajar dan pakar dianalisis menggunakan pakej Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version 11. Dapatan kajian membuktikan bahawa bahan pengajaran yang ringkas, mudah dan menarik membantu pelajar untuk menguasai nahu BA, iaitu sebanyak 98.9%. Manakala persepsi pelajar tentang penguasaan nahu dengan mudah pula berada pada tahap terendah, iaitu sebanyak 24.5%. Min ujian pasca (m=47.92) lebih tinggi berbanding min ujian pra (m=38.05). Ujian-t menunjukkan perbezaan yang signifikan (t=0.0041) antara ujian pra dan pasca. Data ulasan pakar membuktikan bahawa nilai min keseluruhan modul berada pada tahap tinggi (m=4.55), seperti mana konstruk rumus (m=4.50). Pakar turut mencadangkan ciri-ciri modul yang berkesan untuk pengajaran nahu BA. Kajian ini memberi impak positif kepada pembangunan modul yang berkesan agar dapat meningkatkan penguasaan nahu BA dalam kalangan pelajar.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectBahasa Arab
dc.subjectArabic language -- Grammar -- Study and teaching
dc.titlePembinaan modul berasaskan rumus untuk pengajaran nahu bahasa Arab
dc.typeTheses
dc.format.pages230
dc.identifier.callnoPJ6106.M348 2017 tesis
dc.identifier.barcode003340(2018)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99990+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.86 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.