Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487432
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbd. Ghafar Don, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorMohamad Zulkifli Abdul Ghani (P67027)
dc.date.accessioned2023-10-11T08:04:53Z-
dc.date.available2023-10-11T08:04:53Z-
dc.date.issued2017-01-20
dc.identifier.otherukmvital:98841
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487432-
dc.descriptionIkhtilaf merupakan lumrah kehidupan yang tidak dapat dielakkan tetapi perlu diuruskan mengikut ketetapan syarak. Fiqh wasatiyyah dan adab ikhtilaf merupakan penyelesaian kepada ikhtilaf bagi memastikan kesatuan ummah terbina. Terdapat pelbagai mekanisme yang digunakan bagi memastikan kesatuan ummah terbina. Namun masih kurang kerana wujudnya kepelbagaian pendekatan yang saling salah menyalahkan antara satu sama lain dengan menggunakan pendekatan terlalu ketat dan terlalu longgar sehingga melahirkan perpecahan dalam kalangan umat Islam. Fenomena ini berlaku sehingga sukar mencari titik persamaan dan penyatuan antara masyarakat. Terdapat pelbagai cabaran yang dilalui dalam penerapan wasatiyyah seperti berpuak-puak, mementingkan diri sendiri, tuduh menuduh, perbalahan dan perpecahan. Oleh yang demikian, dakwah Islamiah sangat memerlukan kepada penerapan fiqh wasatiyyah dalam adab ikhtilaf supaya pelaksanaan dakwah sampai, difahami dan dihayati dalam kehidupan masyarakat Muslim. Justeru kajian ini memfokuskan dua perkara utama iaitu Fiqh wasatiyyah dan ikhtilaf dakwah bagi membina kesatuan ummah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti ikhtilaf dakwah dan fiqh wasatiyyah dalam konteks dakwah Islamiah. Mengkaji bentuk, kesan dan cabaran ikhtilaf dalam penerapan Fiqh wasatiyyah dalam ikhtilaf yang pelbagai serta menganalisis pendekatan dan penyelesaian penerapan wasatiyyah di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes menggunakan data premier berdasarkan kaedah temu bual semi struktur yang melibatkan informan yang dipilih secara bertujuan. Data temu bual dianalisis menggunakan pendekatan analisis tematik. Data sekunder pula diperoleh melalui kitab-kitab turath, kajian-kajian ilmiah, jurnal, buku serta bahan-bahan lain. Data-data yang dikumpulkan dianalisis melalui pendekatan deskriptif. Hasil kajian ini mendapati fiqh wasatiyyah dan adab ikhtilaf ialah kefahaman mendalam dengan meletakan sesuatu sesuai pada tempat dan peringkatnya dengan adil, dari segi hukum, nilai, dan pelaksanaan. Justeru, masyarakat perlu ditanamkan dengan kefahaman yang jelas berkenaan Fiqh wasatiyyah dan adab ikhtilaf dalam kehidupan. Para pendakwah mestilah memainkan peranan dalam penyampaian, pemahaman dan penerapan Fiqh wasatiyyah supaya terbinanya kesatuan ummah berdasarkan prinsip hikmah dakwah. Kajian ini juga menunjukkan bahawa fiqh wasatiyyah dan adab ikhtilaf merupakan penyelesaian kepada ikhtilaf yang berlaku. Pendekatan fiqh wasatiyyah sangat perlu bagi para pendakwah, dalam pemilihan isi yang tepat, penerapan wasilah semasa dan juga uslub yang bersesuaian. Kajian ini mencadangkan penerapan adab ikhtilaf mestilah dimulakan daripada era persekolahan lagi, badan-badan berwajib mesti mengambil bahagian dalam menjayakan perkara ini dan perlu adanya satu kayu ukur yang jelas berkaitan fiqh wasatiyyah supaya pelaksanaan dakwah selari dengan tuntutan semasa.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectModeration -- Religious aspects -- Islam
dc.titleFiqh wasatiyyah dalam menghadapi ikhtilāf dakwah di Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages277
dc.identifier.callnoBP188.16.M59M848 2017 tesis
dc.identifier.barcode003192(2018)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98841+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
767.21 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.