Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487431
Title: Pelaksanaan dan cabaran hisbah Pengurusan Hal Ehwal Islam Negeri Selangor
Authors: Abdul Qahhar Ibrahim (P67024)
Supervisor: Abdul Ghafar Haji Don, Prof. Madya Dr.
Keywords: Hisbah
Kemungkaran
Kebaikan
Muhtasib -- Malaysia
Issue Date: 29-Aug-2017
Description: Pelaksanaan hisbah adalah berpaksikan kepada kefahaman konsep amar maaruf nahi munkar dan pelaksanaannya telah bermula sejak zaman awal Islam lagi. Ianya dilihat amat penting dalam memelihara kemaslahatan ummah agar ianya selaras dengan maqasid syariah. Di samping itu pihak pemerintah pula dilihat berperanan dalam usaha memperluaskan lagi bidang kuasa hisbah atau sebaliknya. Disebabkan skopnya yang amat luas, rumit dan mencabar maka suatu kajian dibuat untuk mengkaji sejauhmanakah pelaksanaan hisbah pada aspek Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di negeri Selangor pada masa kini dan apakah cabaran yang terpaksa dihadapi bagi merealisasikannya. Objektif kajian adalah untuk meneliti kedudukan hisbah berdasarkan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Selangor (2003), mengkaji pelaksanaan dan cabaran hisbah PHEI MAIS dan JAIS di negeri Selangor. Kajian ini merupakan kajian kualitatif berdasarkan reka bentuk kajian kes dengan menggunakan pendekatan kaedah analisis dokumen dan temubual yang dijalankan terhadap 13 informan yang terdiri daripada pegawai hal ehwal Islam MAIS dan JAIS untuk tujuan pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa sememangnya terdapat elemen hisbah di dalam kandungan enakmen yang dianalisis namun begitu ianya terhad kepada beberapa elemen hisbah sahaja seperti penyiasatan, pengaduan, pemeriksaan, penggeledahan dan penangkapan. Manakala MAIS dan JAIS dilihat berperanan terhadap usaha hisbah di Selangor. Akan tetapi ia hanyalah tertumpu kepada ruang lingkup PHEI semata-mata. Jelasnya tanggungjawab pelaksanaan hisbah diserahkan kepada JAIS sebagai badan pelaksana dasar PHEI MAIS melalui Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) daripada Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan (BPP) secara khususnya dan bahagian-bahagian lain yang berada di bawah pengurusan JAIS secara amnya. Kajian juga mendapati terdapat beberapa cabaran yang terpaksa dihadapi oleh MAIS dan JAIS dalam usaha melaksanakan tugas amar makruf nahi munkar dari sudut PHEI antaranya kekurangan sumber manusia, kewangan yang terhad, kepakaran dan bidangkuasa yang terhad. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya peranan dan kerjasama semua pihak berhubung pelaksanaan hisbah PHEI terutamanya pihak kerajaan, media, ahli akademik dan masyarakat dalam usaha memperkasakan lagi pelaksanaan hisbah bagi menghadapi cabaran hisbah pada masa akan datang. Oleh itu penyelidikan dan pemerkasaan yang berterusan wajar dibuat bagi memantapkan lagi pelaksanaan hisbah di negeri Selangor kepada tahap yang terbaik. Pihak yang bertanggungjawab juga perlu serius dalam usaha memperkukuhkan lagi usaha hisbah pada masa kini khususnya dari aspek PHEI negeri dalam usaha memelihara agama Islam dan kesejahteraan umat Islam.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 449
Call Number: JS7435.A237 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487431
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98840+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
416.17 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.