Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487429
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMaheram Ahmad, Dr.-
dc.contributor.authorMuhammad Firdaus Abdul Manaf (P67040)-
dc.date.accessioned2023-10-11T08:04:52Z-
dc.date.available2023-10-11T08:04:52Z-
dc.date.issued2017-06-15-
dc.identifier.otherukmvital:98833-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487429-
dc.descriptionRamai dalam kalangan penterjemah memahami pembentukan kata kerja berimbuhan dan fungsi imbuhan yang terdapat pada kata kerja tersebut berdasarkan konteks ayat yang berbeza. Namun mereka sukar untuk mencari padanan terjemahannya yang paling tepat dalam bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan untuk meneliti penterjemahan fungsi imbuhan Arab-Melayu berdasarkan pecahan kata kerja berimbuhan yang pelbagai. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis ketepatan terjemahan bagi kata kerja berimbuhan dalam al-Quran dan mencari pendekatan yang paling sesuai untuk menterjemahkan kata kerja tersebut mengikut fungsi imbuhan serta konteks ayatnya yang sebenar. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kepustakaan dalam mengumpulkan data. Data yang terkumpul pula dianalisis secara kontrastif serta deskriptif. Sebanyak 80 sampel kajian dipilih secara rawak daripada surah al-Baqarah dalam 'Terjemahan al-Hidayah al-Quran al-Karim'. Hanya 8 jenis wazn ficl thulathi mazid yang ditemui dalam keseluruhan sampel tersebut. Kajian mendapati bahawa kekerapan fungsi imbuhan pada sampel yang berasal daripada wazn afcala lebih banyak berfungsi sebagai al-tacdiyyah, wazn faccala sebagai al-takthir, wazn facala sebagai al-musharakah, wazn infacala sebagai al-mutawacah dan wazn iftacala sebagai al-mubalaghah fi macna al-ficl, almusharakah serta al-ittikhadh. Imbuhan pada wazn tafaccala pula lebih kerap berfungsi sebagai al-mucanah, wazn tafacala sebagai al-musharakah dan wazn istafcala sebagai al-talab. Imbuhan yang terdapat pada 66 sampel (82.5%) daripada keseluruhan sampel telah diterjemahkan ke dalam bentuk imbuhan semula di dalam bahasa Melayu, manakala imbuhan pada 14 sampel (17.5%) yang lain pula diterjemahkan ke dalam bentuk perkataan. Kesimpulannya, 75 sampel (93.75%) dapat diterjemahkan dengan baik, manakala bakinya iaitu 5 sampel (6.25%) perlu diterjemahkan semula. Hasil kajian boleh dijadikan sebagai input dalam membangunkan modul penterjemahan kata kerja berimbuhan Arab-Melayu dan mampu memberikan implikasi penting kepada golongan yang terlibat secara langsung dalam bidang penterjemahan, iaitu para pelajar, guru serta peminat ilmu terjemahan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectArabic language -- Translating into Malay-
dc.titlePenilaian terjemahan kata kerja berimbuhan dalam al-Quran-
dc.typeTheses-
dc.format.pages427-
dc.identifier.callnoPJ6170.M844 2017 tesis-
dc.identifier.barcode003186(2018)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98833+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
486.64 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.