Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487284
Title: | Analisis Isyarat Data Terikan Impak Menggunakan Pencirian Tenaga |
Authors: | Mohd. Basri Ali (P47071) |
Supervisor: | Shahrum Abdullah, Prof Dr. |
Keywords: | Analisis Isyarat Data Terikan Impak Isyarat Data Terikan Impak Menggunakan Pencirian Tenaga Menganalisis Isyarat Data Terikan Notched bar testing |
Issue Date: | 22-May-2013 |
Description: | Tesis ini memfokuskan kajian terhadap analisis isyarat terikan impak yang terhasil daripada ujian impak charpy. Isyarat terikan impak digunakan untuk mengkaji corak terikan terhadap perubahan beberapa parameter dan untuk mendapatkan tenaga terikan dengan menggunakan kaedah pemprosesan isyarat. Jumlah tenaga yang diserap oleh bahan dengan menggunakan sistem dail mempunyai perbezaan bergantung kepada kekuatan bahan, kemuluran bahan dan menurut ASTM lebih 80% nilai tenaga diserap adalah tidak tepat. Kajian ini diaplikasikan pada bahan roda rim aluminium aloi 6061-T6 dengan permasalahannya yang mudah rosak dan patah apabila dikenakan bebanan impak dan perbandingan dibuat dengan bahan keluli karbon 1050. Mod kegagalannya bergantung kepada kelajuan kenderaan dan ketebalan dinding roda. Pelbagai reka bentuk yang dikeluarkan yang memerlukan kepada analisis kebolehtahanan termasuk dalam ujian bebanan impak. Ini memberikan idea untuk mengkaji corak isyarat terikan bagi perubahan bahan, halaju dan ketebalan. Justeru objektif kajian ini adalah untuk menghubungkait di antara tenaga daripada isyarat terikan dengan tenaga yang diserap oleh bahan dan seterusnya menerbitkan ungkapan matematik berkaitan dengan isyarat terikan untuk halaju dan ketebalan yang berbeza. Dalam ujian ini, tolok terikan diletakkan pada pemukul charpy dan disambung kepada alat pengukuran data berfrekuensi tinggi bertujuan mendapatkan isyarat terikan impak. Dua jenis halaju pemukul bagi instrumentasi impak charpy digunakan iaitu 3.35 m/s dan 5.18 m/s. Spesimen aluminium aloi 6061-T6 dan keluli karbon 1050 piawaian ASTM-E23 yang digunakan berketebalan 5 mm dan 10 mm. Isyarat terikan impak yang diperoleh dianalisis dengan punca min kuasa dua (r.m.s), I-kaz, jelmaan Fourier pantas (FFT), ketumpatan spektrum kuasa (PSD) dan jelmaan Fourier pantas setempat (STFT). Nilai r.m.s, I-kaz dan FFT dibuat perkaitan dengan tenaga terikan daripada PSD dan tenaga diserap. Kemudian perkaitan di antara tenaga terikan dan tenaga diserap dilakukan. Simulasi analisis unsur terhingga (FEA) digunakan untuk dibandingkan dengan keputusan ekperimen. Keputusan menunjukkan tenaga diserap adalah berkaitan dengan tenaga terikan dan disahkan oleh FEA pada peratus perbezaan tenaga r.m.s dan tenaga terikan adalah kurang 5.9% dan 20.4% untuk kedua-dua bahan bagi halaju dan ketebalan piawai. Daripada isyarat terikan, ungkapan matematik bagi perubahan parameter halaju dan ketebalan dibangunkan dengan mengunakan kaedah lengkung padanan bagi bahan aluminium 6061-T6, dengan pekali perkaitan, R2 melebihi 97.7% berbanding dengan persamaan asal getaran respon bagi daya yang tidak berkala. Pengesahan tenaga terikan PSD dilakukan ke atas lengkung padanan dengan peratus perbezaan diantara 4.6 - 28.6% menunjukkan perwakilan matematik yang diperoleh boleh mewakili isyarat terikan impak. Ungkapan matematik ini mempunyai banyak kegunaan di antaranya menilai dan membandingkan corak isyarat terikan bagi perubahan parameter, memperoleh maklumat tambahan dan sebagai persamaan masukan ujian impak dalam FEA. Kesimpulannya kaedah analisis tenaga getaran daripada isyarat terikan bagi menghasilkan kolerasi tenaga dan kaedah ungkapan matematik yang mempunyai banyak kegunaan menjurus kepada sumbangan keilmuan iaitu membangunkan kaedah pencirian analisis isyarat terikan impak. Dengan adanya pembangunan kaedah pencirian ini ia dapat menghubungkaitkan tenaga diserap dengan tenaga terikan, mengkaji corak isyarat terikan iaitu bagaimana perubahan bahan, halaju dan ketebalan mempengaruhi mod kegagalan, menerbit ungkapan matematik yang mempunyai beberapa kepentingan dan menghasilkan kaedah analisis yang boleh diguna pakai.,PhD |
Pages: | 222 |
Call Number: | TA418.17 .M834 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74993+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 5.51 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.