Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487277
Title: Penghasilan selulosa bakteria (SB) secara fermentasi permukaan statik oleh Acetobacter xylinum 0416
Authors: Suryani Kamarudin (P38416)
Supervisor: Mohd. Sahaid Haji Kalil, Prof. Madya Dr.
Keywords: Selulosa bakteria
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Acetobacter xylinum
Acetobacter xylinum 0416
Cellulose -- Biotechnology
Issue Date: 25-Nov-2012
Description: Selulosa bakteria (SB) ialah nano biopolimer berpotensi dan boleh diaplikasi dalam pelbagai bidang. Namun begitu kepekatan, yil dan produktiviti SB yang rendah serta kos bahan mentah yang mahal menghadkan penghasilannya. Kualiti SB juga tidak konsisten dari segi integriti dan strukturnya, kesan daripada perawatan alkali sodium hidroksida yang digunakan. Data pencirian SB agak sukar diperolehi membataskan kajian lanjut ke atas biopolimer ini serta kaedah menentukan kepekatan SB, jisim sel dan berat air memerlukan masa dan kos yang tinggi. Objektif utama kajian ini adalah untuk membangunkan medium penghasilan SB yang murah dan tinggi produktiviti daripada air kelapa sebagai sumber karbon utama. Objektif lain ialah menentukan komposisi sampel SB natif, menentukan parameter luas permukaan dan pH awalan medium bagi kultur permukaan statik, membangunkan proses perawatan SB menggunakan larutan alkali sodium hidroksida (NaOH) dan menentukan pencirian produk SB. Strain yang digunakan ialah Acetobacter xylinum 0416, diperolehi dan diselenggarakan oleh MARDI. Hasil kajian mendapati CWHSM statik berpotensi sebagai medium penghasil SB efektif dengan produktiviti maksimum, 0.043 g/L.hari-1, berat kering SB maksimum ialah 0.343 g/L iaitu 1.43 kali lebih tinggi berbanding kultur goncang. Pertumbuhan spesifik maksimum (μmak), masa mengganda (td) dan yil tertinggi masing-masing ialah 0.380 hari-1, 1.82 hari dan 0.127 g SB/g gula keseluruhan. Nisbah luas permukaan kepada isipadu medium, L/I=0.84 memberikan penghasilan SB maksimum, 0.358 g/L untuk masa fermentasi melebihi lima hari. Penghasilan SB maksimum dan produktiviti maksimum diperolehi pada pH awalan 5.0 dengan 0.348 g/L dan 0.058 g/L.hari-1. Proses perawatan SB dengan penambahan unit operasi rendaman daripada kaedah kedua (KD) terbukti berkesan bagi menyingkirkan keseluruhan larutan sodium hidroksida daripada SB agar kualitinya konsisten dari segi integriti dan struktur. SB daripada CWHSM mempunyai sifat pengkristalan paling tinggi, susunan pelikel paling padat, mempunyai tenaga elastik tersimpan paling tinggi (44 470 MPa) seterusnya bersifat stabil terhadap suhu dan perintang haba yang terbaik. Indeks pengkristalan tertinggi daripada CWHSM (~100%) menunjukkan bahawa biopolimer ini perintang kepada tindakan enzim. Jarak satah dalaman (jarak d) terbesar diperolehi daripada CM dengan d1(i10) = 6.20; d2(110) = 5.37 dan d3(200) = 3.94 dengan isipadu kristal terbesar (9.97 nm) yang maksimum pada satah 110. Saiz kristal SB adalah di antara 4.65-9.97 nm. SB dalam kajian ini adalah selulosa I-kaya dalam kategori alga-bakteria dan berstruktur sistem triklinik. Keistimewaan kajian ini ialah kualiti SB yang terhasil akan konsisten dari segi integriti dan strukturnya, medium penghasilan yang murah dan produktif dapat dibangunkan daripada sisa agro, satu kaedah pengukuran berat kering SB yang cepat telah diperolehi dan data pencirian SB yang spesifik berpandukan medium penghasilan telah dapat dihasilkan. Kesimpulan daripada keseluruhan kajian ini ialah biopolimer baru yang kompetitif, mesra alam, murah dan berinovatif bersumberkan bahan mentah tempatan iaitu air kelapa telah berjaya diperolehi.,Ph.D.
Pages: 166
Call Number: TP248.65.C45S847 2012 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74905+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.59 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.