Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487271
Title: Segmentasi imej untuk video ekokardiografi menggunakan persamaan segitiga
Authors: Riyanto Sigit (P48045)
Supervisor: Aini Hussain, Prof. Dr.
Keywords: Segmentasi imej
Video ekokardiografi
Persamaan segitiga
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 28-Jan-2014
Description: Penyakit jantung adalah penyakit berbahaya yang mengancam kehidupan manusia. Banyak orang telah meninggal dunia disebabkan oleh penyakit jantung dan kos pembedahan untuk menyembuhkan penyakit masih sangat mahal. Untuk menganalisa penyakit jantung, doktor lazimnya mengambil video gerakan jantung menggunakan peralatan ultrabunyi untuk membezakan keadaan normal dan tidak normal. Keputusan analisis berbeza-beza bergantung kepada ketelitian pemerhatian dan pengalaman doktor sehingga sukar untuk menentukan situasi sebenar. Oleh itu, sebuah kaedah berkomputer adalah diperlukan untuk membantu doktor menganalisa gerakan piawai jantung dengan mengukur parameter sempadan luas rongga jantung. Masa kini, banyak kajian dilakukan untuk mengukur fungsi jantung yang boleh diukur dengan ultrabunyi, pengimejan resonans kemagnetan (MRI), imbasan tomografi berkomputer (CT), sinar-X, tomografi pancaran positron (PET) dan tomografi pancaran foton tunggal (SPECT). Kajian ini menggunakan ultrabunyi atau ekokardiografi untuk mengukur fungsi jantung. Kebaikan penggunaan ekokardiografi ialah harganya murah, banyak yang menggunakan alat ini, mengandungi maklumat berguna, tidak berbahaya atau invasif, tidak mendedahkan radiasi kepada pesakit, boleh digunakan pada pesakit dalam keadaan kritikal dan hasilnya diperolehi secara langsung. Untuk melakukan segmentasi dan pengesanan imej ekokardiografi, sejumlah penyelidik telah menggunakan imej paksi pendek dan paksi panjang untuk kedua-dua kaedah pengesanan automatik dan separa automatik. Pelbagai analisis pemodelan telah dibangunkan untuk menaksir parameter rongga jantung. Dalam kajian ini, satu kaedah alternatif menggunakan pengiraan mudah untuk segmentasi dan mengesan sempadan imej ekokardiografi telah dicadangkan. Kaedah yang dicadangkan menggunakan kaedah segitiga. Ini melibatkan pelaksanaan memperjelas kualiti imej menggunakan penuras penengah peningkatan tinggi (PPT), morfologi, pengambangan dan pengesan tepi. Selanjutnya diikuti dengan pelaksanaan segmentasi yang terdiri dari penuras rantau, garis persilangan dan persamaan segitiga. Kaedah Partial Monte Carlo (PMC) pula digunakan untuk mengira kawasan sempadan rongga jantung. Algoritma yang dicadangkan telah diuji menggunakan dataset video ultrabunyi jantung pesakit yang diperolehi dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Hasil penilaian prestasi memperjelas kualiti imej menunjukkan bahawa penuras PPT adalah yang terbaik dengan nilai PSNR dan ENL masing-masing adalah 57.27 dan 0.57. Manakala penilaian segmentasi ralat luas rongga jantung, kaedah segitiga mempunyai nilai mendekati imej rujukan iaitu 8.18%, sedangkan snake 19.94% dan watershed 15.16%. Dengan menggunakan korelasi titik, kaedah segitiga juga mempunyai ukuran jarak paling kecil iaitu eucidean 1.60, mahalanobis 0.03 dan hausdroff 4.62. Kaedah segitiga mempunyai segmentasi paling laju iaitu 108 ms, snake dan watershed adalah 1119 ms dan 491 ms. Kaedah PMC mempunyai ralat luas yang paling kecil iaitu 0.8% dibandingkan dengan kaedah MC 0.9%, simpson 4.07% dan trapezoidal 3.94%. Ringkasnya, segmentasi kaedah segitiga telah berjaya memberikan keputusan yang lebih baik dibandingkan dengan segmentasi kaedah snake dan watershed. Kaedah yang dicadangkan dapat memberikan penyelesaian segmentasi imej untuk video ekokardiografi.,PhD
Pages: 158
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74855+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
6.34 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.