Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487250
Title: | Kerangka Perlaksanaan Penandaarasan Di Dalam Industri Kelapa Sawit Di Malaysia |
Authors: | Fatimah Mahmud (P44232) |
Supervisor: | Baba Bin Md Deros, Prof. Dr. Hj. |
Keywords: | Perlaksanaan Penandaarasan Penandaarasan Di Dalam Industri Kelapa Sawit Benchmarking (Management) |
Issue Date: | 8-Jan-2013 |
Description: | Industri kelapa sawit merupakan tulang belakang bagi pasaran komoditi Malaysia yang menyumbang kepada kestabilan ekonomi negara. Untuk terus mapan dan berdaya saing, industri ini perlu terus meningkatkan produktiviti dan menambahbaik kecekapan proses. Perlaksanaan penandaarasan boleh digunakan bagi mengenalpasti jurang operasi, strategik dan mencari amalan terbaik bagi merapatkan jurang tersebut. Namun, tidak banyak kajian empirikal dijalankan menggunakan teknik penandarasan di dalam industri kelapa sawit. Jelasnya, tiada kajian yang menunjukkan secara jelas "bagaimana" teknik ini dapat diaplikasikan di dalam industri ini. Pendedahan tentang teknik penandarasan dilihat masih kurang dan tiada garispanduan yang khusus dibangunkan untuk penambahbaikan berterusan. Objektif utama kajian ini ialah untuk membangunkan sebuah kerangka penandaarasan sebagai garispanduan yang akan membantu industri kelapa sawit menjalankan proses penandaarasan dengan betul dan berkesan. Kerangka ini dibangunkan dengan mengambilkira faktor kejayaan kritikal (CSFs) penandaarasan, halangan, aturan langkah yang perlu dituruti dan sasaran output daripada perlaksanaan penandaarasan. Dalam kajian ini, rekabentuk kajian campuran digunakan, ia melibatkan kajian kuantitatif dan diikuti dengan kajian kualitatif. Ujian rintis dan ujian kebarangkalian telah dijalankan bagi memastikan tahap kesahan dan kebolehpercayaan setiap instrumen kajian yang digunakan. Borang kajiselidik telah diedarkan secara pos kepada 350 orang pengurus ladang dan 350 orang pengurus kilang kelapa sawit dan 49% maklumbalas diterima. Dapatan kajian kuantitatif menunjukkan pandangan responden terhadap faedah penandaarasan kepada perkembangan industri ini serta tahap kepentingan CSFs penandaarasan adalah tinggi. Namun, tahap pengamalan setiap CSFs penandaarasan di dalam organisasi mereka masih lagi rendah. Beberapa ujian statistik telah dijalankan memberi data emperikal bagi tahap pengamalan CSFs di dalam organisasi berbeza pemilikan, pemilikan pensijilan kualiti dan usia syarikat. Secara keseluruhan, terdapat korelasi positif di antara kesemua CSFs yang telah dikenalpasti. Kekurangan pengetahuan dan pemahaman terhadap konsep penandaarasan, kurang jelas mengenai perkara yang perlu untuk ditanda aras dan budaya pengurusan dikenalpasti sebagai halanganhalangan utama bagi perlaksanaan penandaarasan. Seterusnya, kajian kualitatif dijalankan bagi mendalami perlaksanaan penandaarasan di dalam industri ini dengan merungkai persoalan "bagaimanakah penandaarasan dijalankan" dan "apakah faktor yang mengekang perlaksanaannya". Kajian kes yang telah dijalankan di lapan buah kilang kelapa sawit mendedahkan bahawa perlaksanaan penandaarasan yang dijalankan masih diperingkat pertengahan, kitaran penandaarasan masih tidak dipenuhi dan tiada sistem dokumentasi yang lengkap didapati. Antara halangan utama perlaksanaan inisiatif ini ialah sikap pekerja, kurang pengetahuan dan kemahiran pekerja terhadap konsep penandaarasan dan sistem latihan dan komunikasi yang terhad. Hasil dapatan daripada kajian kuantitatif dan kualitatif membantu penulis membangunkan sebuah kerangka penandaarasan yang telah disahkan oleh tujuh orang panel pakar yang terlibat secara langsung di dalam industri ini melalui teknik Delphi. Kerangka penandaarasan ini diharapkan akan menjadi garispanduan kepada industri kelapa sawit melaksanakan penandaarasan secara lebih sistematik, berterusan dan mendapatkan hasil yang dikehendaki dengan menggunakan sumber yang optima.,PhD |
Pages: | 284 |
Call Number: | HD62.15 .F347 2013 3 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_71638+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 4.05 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.