Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487249
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Muhamad Azry Khoiry, Dr. | |
dc.contributor.author | Revianty Nurmeyliandari Nurhendi (P91990) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T02:31:13Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T02:31:13Z | - |
dc.date.issued | 2022-06-28 | |
dc.identifier.other | ukmvital:131134 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487249 | - |
dc.description | kadar produktiviti dalam industri pembinaan. Kadar produktiviti buruh yang rendah memberi impak negatif terhadap kenaikan kos dan masa menyiapkan sesuatu projek pembinaan. Objektif kajian ini adalah (i) mengenalpasti item faktor yang mempengaruhi produktiviti buruh binaan (PBB), (ii) mengukur hubungan antara kategori faktor buruh, pengurusan, bahan dan alat, kewangan dan luaran, dan (iii) membangunkan kerangka strategik pelaksanaan produktiviti buruh binaan. Berdasarkan kajian literatur, kerangka konsep kajian dibangunkan dengan 41 item faktor yang terdiri daripada lima konstruk iaitu kategori faktor buruh, pengurusan, bahan dan alat, kewangan dan luaran. Responden kajian ini terdiri daripada 200 buruh binaan yang terlibat dalam projek pembinaan bangunan di Palembang, Indonesia. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan statistik Model Persamaan Struktur (SEM) dengan menggunakan perisian LISREL. Hasil analisis model pengukuran menunjukkan bahawa item faktor bagi setiap kategori telah berjaya dinilai sebagai item faktor yang boleh mempengaruhi produktiviti buruh binaan melalui kategori faktor. Dapatan kajian menunjukkan kesesakan di tapak binaan, perancangan yang tepat dan kekurangan bahan di tapak binaan masing-masing merupakan item faktor yang paling mempengaruhi dalam kategori faktor buruh, pengurusan, bahan dan alat. Hasil analisis model struktur menunjukkan bahawa hanya kategori faktor buruh, pengurusan, bahan dan alat yang dinyatakan mempunyai hubungan signifikan terhadap PBB setelah melalui ujian tstatisik dengan memberikan nilai-t lebih besar daripada nilai 1.96. Kategori faktor buruh menunjukkan nilai pengaruh yang paling tinggi terhadap PBB dengan nilai β =0.49 dan t =2.97. Bagi kategori faktor pengurusan dan bahan dan alat, kedua-dua kategori faktor ini juga memberikan hubungan yang signifikan terhadap produktiviti buruh binaan dengan masing-masing mempunyai nilai β =0.36 dan t =4.15 dan β =0.13 dan t =2.10. Melalui dapatan ini menunjukkan ketiga-tiga kategori faktor yang dinyatakan memberikan pengaruh positif terhadap peningkatan PBB dalam sesebuah projek pembinaan. Melalui pengesahan daripada tiga panel pakar pembinaan yang terlibat secara langsung dengan sektor pembinaan turut mencadangkan kerangka strategik pelaksanaan produktiviti buruh binaan bagi memastikan pihak yang terlibat dalam industri pembinaan dapat melaksanakan produktiviti buruh binaan dengan lebih baik dan teratur seterusnya dapat memastikan kejayaan sesebuah projek pembinaan yang melibatkan kos, masa dan kualiti dapat dicapai. Secara keseluruhan, dapatan daripada kajian penyelidikan ini dapat memberikan sokongan manfaat yang berguna kepada para pengamal industri pembinaan seperti golongan praktikal, akademik mahupun kerajaan bagi mengoptimumkan penggunaan buruh, pengurusan, bahan dan alat di dalam industri pembinaan sebagai usaha untuk meningkatkan tahap produktiviti buruh binaan dari masa ke semasa.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.subject | Buruh binaan | |
dc.subject | Palembang | |
dc.subject | Produktiviti buruh | |
dc.subject | Labor supply -- Palembang | |
dc.title | Model produktiviti buruh binaan bagi projek pembinaan di Palembang, Indonesia | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 229 | |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_131134+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.73 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.