Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487248
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Radzi Abu Mansor, Dr.
dc.contributor.authorNorhidayah Mat Taib (P98979)
dc.date.accessioned2023-10-11T02:31:12Z-
dc.date.available2023-10-11T02:31:12Z-
dc.date.issued2022-08-30
dc.identifier.otherukmvital:131130
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487248-
dc.descriptionPembakaran hidrogen dalam enjin pencucuhan mampatan (CI) menjanjikan keluaran kuasa yang tinggi dan emisi yang bersih. Hidrogen kerap dijadikan bahan api kedua dalam enjin pencucuhan mampatan, namun mengundang kepada masalah sedakan dan pra-pencucuhan. Suntikan langsung hidrogen berupaya menyelesaikan masalah pembakaran tidak normal tersebut. Namun, suhu auto cucuhan hidrogen yang tinggi tidak dapat dicapai dengan kuasa mampatan udara, malah mendorong kepada pembentukan emisi NOx. Nisbah haba tentu gas adi yang tinggi berperanan menggantikan nitrogen dalam udara untuk meningkatkan suhu mampatan, dan menyelesaikan masalah emisi NOx. Selain argon, gas adi yang lain masih belum dikaji dengan meluas dalam aplikasi enjin pembakaran suntikan langsung hidrogen. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti suhu kemasukan dan nisbah mampatan (CR) minimum untuk kestabilan pembakaran hidrogen dalam pelbagai persekitarangas adi dan mencadangkan jenis gas adi yang sesuai untuk kestabilan hidrogen dalam enjin bernisbah mampatan dan suhu kemasukan yang rendah. Kajian ini dijalankan secara kaedah simulasi menggunakan perisian Converge CFD berdasarkan parameter enjin hidrogen suntikan langsung pencucuhan mampatan Yanmar NF19SK. Perisian Converge didatangkan khas untuk aplikasi enjin pembakaran dalaman dilengkapi dengan fungsi kawalan penghalusan jejaring (AMR) untuk menghaluskan jejaring semasa pembakaran secara automatik. Model SAGE dipilih sebagai model pembakaran dan model RANS sebagai model gelora. Hidrogen disuntik secara langsung ke dalam ruang pembakaran yang dipenuhi dengan 79% V/V gas adi dan 21% V/V oksigen. Suhu kemasukan gas minimum dikenalpasti dalam pelbagai persekitaran gas adi. Nisbah mampatan yang sesuai juga dikenalpasti apabila persekitaran gas adi dimasukkan pada suhu kemasukan yang rendah. Gas adi yang menghasilkan pembakaran hidrogen yang stabil dipilih dan kesan pembakaran hidrogen terhadap fluks haba tempatan turut dianalisis. Dalam enjin CR rendah, heliumoksigen tidak memerlukan pemanasan gas kemasukan, namun persekitaran neon-oksigen memerlukan sekurang-kurangnya 320 K, argon-oksigen memerlukan 360 K, kryptonoksigen memerlukan 400 K dan xenon-oksigen memerlukan 420 K untuk mencapai pencucuhan hidrogen. Pada suhu kemasukan ambien pula, CR yang paling sesuai dengan persekitaran helium ialah CR12, neon ialah CR14, argon ialah CR16, manakala krypton dan xenon tidak dapat beroperasi dalam semua CR. Kualiti pencucuhan dan kecekapan pembakaran hidrogen berkurang dengan peningkatan jisim molekul gas adi. Pada suhu kemasukan dan CR yang rendah, pembakaran hidrogen yang paling stabil hanya berlaku dalam persekitaran helium-oksigen. Molekul gas adi yang ringan seperti helium menghasilkan pembakaran yang baik, namun suhu pembakaran yang tinggi meningkatkan fluks haba pada dinding silinder. Selain itu, pembentukan fenomena ledakan semasa pembakaran hidrogen turut berlaku pada suhu kemasukan yang terlalu rendah seperti pada suhu 320 K dalam persekitaran neon-oksigen dan 340 K dalam persekitaran argon menyebabkan kepada kehilangan haba yang maksimum. Gas helium, neon dan argon merupakan gas adi yang paling sesuai dalam aplikasi pembakaran hidrogen.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectPembakaran hidrogen
dc.subjectEnjin pencucuhan mampatan (CI)
dc.subjectHydrogen as fuel.
dc.titleKajian simulasi pembakaran hidrogen dalam persekitaran pelbagai gas adi dalam aplikasi enjin cucuhan mampatan suntikan langsung
dc.typeTheses
dc.format.pages224
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_131130+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.66 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.