Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487240
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJaharah A. Ghani, Prof. Ir. Dr.-
dc.contributor.authorFaarih Farhan Mohd Nasir (P95294)-
dc.date.accessioned2023-10-11T02:31:02Z-
dc.date.available2023-10-11T02:31:02Z-
dc.date.issued2022-07-19-
dc.identifier.otherukmvital:130629-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487240-
dc.descriptionProses penteksturan permukaan komponen mekanikal amat diperlukan bagi mengelak berlakunya kegagalan sistem disebabkan oleh pekali geseran. Bagi industri automotif, pemasangan omboh merupakan penyumbang utama geseran dan haus kepada komponen enjin. Oleh itu, proses yang dapat mempengaruhi geseran serta membantu memanjangkan hayat omboh enjin adalah dengan mengtekstur cawak pada permukaan omboh enjin tersebut. Fokus kajian ini adalah untuk menghasilkan permukaan bertekstur cawak menggunakan proses larik dengan bantuan perkakas terbantu dinamik serta menganalisis prestasi cawak tersebut terutamanya prestasi tribologi. Pemesinan larik telah dijalankan menggunakan mata alat karbida tidak bersalut gred H1 ke atas bahan hipereutektik aluminium silikon aloi (A390). A390 banyak digunakan untuk pembuatan piston dalam industri automotif. Parameter yang dikaji adalah laju pemotongan, Vc (9 dan 2 m/min), kadar suapan, f (0.4 dan 0.5 mm/pus), kedalaman pemotongan, ap (0.05 dan 0.1 mm), frekuensi, fq (25 dan 28 Hertz), anjakan amplitud, amp (1 dan 3 mm), sudut sadak, γ (-20o dan 9o), sudut kelegaan, α (17o dan 7o) dan jejari hidung, rƐ (0.8 mm). Eksperimen dijalankan menggunakan kaedah Taguchi L8. Dua bentuk cawak telah berjaya dihasilkan, iaitu, jatuhan pendek dan jatuhan panjang dengan julat panjang (517.03 - 3927.61 μm), lebar (565.15 - 1039.19 μm), kedalaman (14.46 - 124.87 μm), nisbah luas (5.05 - 25.65%) dan nisbah aspek (0.007-0.111). Daripada lapan eksperimen yang dijalankan, empat eksperimen berada dalam julat nisbah luas yang disarankan (10-20%). Hasil dapatan menunjukkan kemasan permukaan yang lebih baik bagi permukaan cawak (0.5604 μm) iaitu pengurangan sebanyak 43.11 % berbanding permukaan licin (1 μm). Cawak yang dihasilkan dalam eksperimen tersebut dan permukaan yang tidak bertekstur kemudiannya disimulasikan menggunakan perisian dinamik bendalir komputeran (CFD) berdasarkan nisbah luas (10-20%). Hasil simulasi menunjukkan bahawa, kehadiran permukaan bertekstur cawak dapat memperbaiki penjanaan tekanan di permukaan dan agihan tekanan yang tinggi sepanjang arah gelangsar. Seterusnya, meningkatkan keupayaan menanggung beban. Hasil simulasi CFD kemudiannya disahkan dengan ujian eksperimen menggunakan kaedah pin-atas-cakera untuk menganalisis pekali geseran, dan didapati pengurangan sebanyak 47 % bagi permukaan cawak (COF = 0.071) berbanding dengan permukaan licin (COF = 0.134). Dua parameter eksperimen yang optimum dalam penghasilan cawak telah dipilih untuk kajian hayat mata alat dan analisis mikrostruktur iaitu Vc (2 m/min), f (0.4 mm/pus), ap (0.1 mm), fq (25 Hertz), amp (3 mm), dan rƐ (0.8 mm) bagi jatuhan pendek dan Vc (9 m/min), f (0.5 mm/pus), ap (0.1 mm), fq (28 Hertz), amp (1 mm), dan rƐ (0.8 mm) bagi jatuhan panjang. Sudut sadak dan sudut kelegaan tidak signifikan dalam mempengaruhi saiz dan bentuk cawak yang dihasilkan. Didapati, tiada perubahan mikrostruktur bahan di bawah permukaan termesin untuk kawasan cawak, menunjukkan proses larik dapat mengekalkan sifat bahan asal semasa penghasilan cawak. Hayat mata alat yang panjang diperolehi, iaitu 137 minit untuk cawak jatuhan pendek, manakala hayat mata alat yang pendek iaitu 20.25 minit untuk cawak jatuhan panjang. Haus didapati berlaku di kawasan jejari hidung disebabkan kedalaman pemotongan yang rendah berbanding dengan saiz jejari hidung. Dapatan kajian ini menunjukkan cawak yang dihasilkan menggunakan proses larik berpotensi untuk diaplikasikan dalam industri automotif kerana ia dapat mengurangkan geseran di kawasan pelinciran serta mengekalkan sifat asal bahan.,Ph.D-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectKomponen mekanikal-
dc.subjectMachinery -- Monitoring-
dc.titleAnalisis prestasi permukaan bertekstur cawak dengan fabrikasi menggunakan proses larik-
dc.typeTheses-
dc.format.pages145-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130629+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.01 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.