Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487236
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Siti Rozaimah Sheikh Abdullah, Prof. Ir. Dr. | |
dc.contributor.author | Siti Shilatul Najwa Sharuddin (P84870) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T02:30:57Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T02:30:57Z | - |
dc.date.issued | 2022-06-15 | |
dc.identifier.other | ukmvital:129783 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487236 | - |
dc.description | Pencemaran tanah mahupun air oleh sisa enap cemar minyak mentah perlu dirawat dengan kaedah yang selamat dan efektif kerana sifat bahan cemar tersebut sangat bertoksik tinggi yang mana memberi ancaman kepada alam sekitar. Teknologi fitoremediasi dengan menggunakan tumbuhan dilihat sangat sesuai dan berkesan bagi merawat pelbagai jenis bahan pencemar organik mahupun bukan organik daripada tanah mahupun air. Keberkesanan rawatan fitoremediasi bagi bahan pencemar petroleum hidrokarbon dapat ditingkatkan dengan penggunaan biosurfaktan yang berfungsi meningkatkan tahap larut dan bioketersediaan bahan pencemar. Oleh itu dalam kajian ini, gabungan rawatan fitoremediasi dan biosurfaktan telah dijalankan untuk merawat dan mengurangkan kandungan kepekatan TPH yang tinggi daripada sisa enap cemar minyak mentah. Kajian dimulakan dengan ujian awalan fitotoksisiti diikuti oleh kajian fitotoksisiti lanjutan untuk mengkaji keupayaan dan ketahanan kedua-dua spesies tumbuhan tempatan (Scirpus grossus dan Lepironia articulata) terhadap ketoksikan TPH yang tinggi (37,970 mg/kg) dalam enap cemar minyak mentah. Keputusan daripada ujian awalan fitotoksisiti mendapati S. grossus mampu untuk terus hidup sehingga hari ke 30 malah berjaya menghasilkan tiga anak pokok berbanding L articulata yang hanya bertahan sehingga hari ke 21 malah tidak menghasilkan sebarang anak pokok sepanjang tempoh pendedahan. Kajian fitotoksisiti lanjutan juga membuktikan S. grossus dapat mengurangkan kepekatan TPH dengan lebih berkesan apabila penumpukan TPH di bahagian akar tumbuhan adalah lebih tinggi dan peratus penyingkiran TPH daripada enap cemar mencapai 28% berbanding L. articulate (15%). Hasil kajian pemencilan dan pengenalpastian rizobakteria penghasil biosurfaktan pula menunjukkan tiga pencilan tulen iaitu B1, B3 dan B6 yang telah dikenal pasti melalui keadah penjujukan DNA (16S rRNA gen) sebagai Bacillus sp. strain SB1 (MK646011.1), Bacillus sp strain SB3 (MK621292.1) dan Lysinibacillus sp strain SB6 (MK646013.1) dengan masing-masing mampu mengurangkan kepekatan TPH pada 13.3%, 11.5% dan 9.2% penyingkiran dan kesemua rizobakateria ini menunjukkan hasil positif dalam ujian saringan penghasilan biosurfaktan. Proses pengoptimuman parameter penghasilan biosurfaktan pula dijalankan menggunakan kaedah permukaan sambutan (RSM) dengan reka bentuk Box-Benken Design yang melibatkan tiga pemboleh ubah utama iaitu kepekatan minyak pelincir sebagai sumber karbon, kepekatan ammonium dan kepekatan pepton sebagai sumber nitrogen. Manakala 2 sambutan yang dianalisis adalah jumlah penghasilan biosurfaktan dan nilai pengurangan ketegangan permukaan. Keadaan optimum uji kaji dicapai pada kepekatan minyak pelincir sebanyak 7% diikuti oleh kepekatan ammonium sulfat pada 9 g/L dan 2 g/L kepekatan pepton dengan 2.23 g/L biosurfaktan telah terhasil dengan nilai ketegangan permukaan pada 33.53 mN/m. Pencirian biosurfaktan pula menunjukkan kehadiran dua kumpulan utama biosurfaktan iaitu Lipopeptida dan Glikolipid. Aplikasi gabungan fitoremediasi di bawah keadaan rumah hijau selama 90 hari tempoh pendedahan menunjukkan 96.5% penyingkiran TPH (tertinggi) dicapai oleh gabungan rawatan bersama rizobakteria, diikuti 90.2% dengan kehadiran biosurfaktan, 88.1% dengan penambahan supernatan, 84.1% dengan kehadiran surfaktan kimia dan 73.6% bagi penyingkiran TPH menggunakan S. grossus sahaja. Kesimpulannya, rawatan gabungan fitoremediasi dengan penambahan rizobakteria dan biosurfaktan adalah berpotensi tinggi sebagai satu rawatan alternatif yang efektif dan mesra alam dalam merawat dan mengurangkan bahan pencemar petroleum hidrokarbon.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.subject | Fitoremediasi | |
dc.subject | Biosurfaktan | |
dc.subject | Lipopeptida | |
dc.subject | Glikolipid | |
dc.subject | Mineral industries -- Waste disposal | |
dc.title | Aplikasi biosurfaktan dalam fitoremediasi enap cemar minyak mentah | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 441 | |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_129783+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 6.68 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.