Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487231
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Mohd Faizal Wan Mahmood, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorHilmi Amiruddin (P78413)-
dc.date.accessioned2023-10-11T02:30:51Z-
dc.date.available2023-10-11T02:30:51Z-
dc.date.issued2022-04-25-
dc.identifier.otherukmvital:129482-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487231-
dc.descriptionMalaysia merupakan negara pengeluar gas asli dunia. Peralihan kepada gas asli sebagai bahan api alternatif yang lebih mesra alam berbanding bahan api fosil yang lain berupaya mengekalkan sekuriti tenaga negara dan mengurangkan pencemaran alam. Sebagai sumber bahan api alternatif untuk sektor pengangkutan pada masa akan datang, penggunaan enjin gas asli termampat suntikan terus (CNGDI) sedutan semulajadi menjadi pilihan utama kajian enjin gas asli pada masa kini kerana enjin ini mampu menghasilkan kuasa keluaran yang tinggi, jimat bahan api dan rendah emisi ekzos. Walau bagaimanapun, kecekapan isipadu enjin CNGDI sedutan semulajadi ini masih rendah disebabkan penyesaran udara keluar dari kebuk pembakaran akibat daripada penyuntikan bahan api gas asli. Oleh sebab itu, penggunaan pengecas turbo dalam enjin CNGDI mampu meningkatkan kecekapan isipadu dan prestasi keluaran enjin. Kajian ini tertumpu kepada pembangunan pengecas turbo dengan penambahan bilah pada peresap pemampat bagi meningkatkan tekanan keluaran seterusnya mengkaji kesannya terhadap prestasi enjin CNGDI. Fasa pertama kajian melibatkan pembangunan dan pengoptimuman pengecas turbo dengan peresap berbilah. Sembilan set susunan bilah berdasarkan parameter bilangan bilah (6, 8 dan 10 bilah) dan sudut bilah (6°, 12° dan 18°) yang menghasilkan nilai kepejalan (0.5, 0.7 dan 0.9) berbeza, dipasang pada peresap pemampat dan diuji prestasi tekanan keluaran di atas radas ujikaji pengecas turbo pada kelajuan pendesak berbeza. Pengoptimuman parameter bilah peresap dijalankan dengan kaedah Taguchi untuk mendapatkan parameter bilah yang optimum bagi kegunaan pemampat pengecas turbo. Fasa kedua kajian pula melibatkan ujian prestasi enjin CNGDI yang dipasang pengecas turbo dengan peresap berbilah yang optimum untuk menilai keberkesanan peresap berbilah dalam meningkatkan prestasi enjin. Ujian prestasi enjin CNGDI ini dijalankan pada julat kelajuan enjin 1000 rpm hingga 4000 rpm dengan pemasaan suntikan berbeza dari 300°CA bTDC hingga 120°CA bTDC yang merangkumi strategi pembakaran homogen dan terstrata. Berdasarkan keputusan ujian prestasi pengecas turbo, pemampat dengan susunan 6 bilah tanpa mengambil kira nilai sudut bilah menghasilkan tekanan keluaran yang tinggi. Pengoptimuman parameter bilah peresap pula mendapati peresap dengan 6 bilah bersudut 18° memenuhi ciri prestasi nisbah S/N (lebih besar lebih baik) yang dipilih untuk diaplikasi pada peresap pemampat pengecas turbo. Analisis keputusan ujian prestasi enjin CNGDI menunjukkan peningkatan yang berbeza pada kelajuan enjin rendah (≤2000 rpm) berbanding kelajuan enjin tinggi (≥3000 rpm). Didapati peresap berbilah pemampat pengecas turbo menghasilkan peningkatan purata daya kilas brek, tekanan berkesan min brek dan kecekapan haba brek sebanyak 3.6%, 3.6% dan 5.2% masing-masing berbanding peresap tanpa bilah. Penggunaan bahan api tentu brek pula menunjukkan penjimatan sebanyak 9.5% berbanding pengecas turbo tanpa bilah. Kecekapan isipadu enjin CNGDI juga telah dapat ditingkatkan iaitu sebanyak 4.8%. Perbandingan prestasi emisi ekzos enjin CNGDI dengan peresap berbilah dan tanpa bilah menunjukkan hidrokarbon, karbon monoksida dan karbon dioksida masing-masing berkurang sebanyak 13.5%, 15.6% dan 9.1%. Manakala, oksida nitrogen pula mengalami peningkatan sebanyak 93.4%. Pembangunan pemampat pengecas turbo dengan peresap berbilah telah berjaya dibangunkan, diuji dan dioptimumkan dengan bukti peningkatan prestasi enjin CNGDI penjimatkan bahan api dan mengurangkan pencemaran bersesuaian dengan usaha global menangani masalah gas rumah hijau serta selari dengan Dasar Automotif Nasional 2020.,Ph.D-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectKenderaan hijau-
dc.subjectGas asli-
dc.titleAplikasi peresap berbilah pemampat pengecas turbo pada enjin CNGDI untuk teknologi kenderaan hijau-
dc.typeTheses-
dc.format.pages214-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129482+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.82 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.