Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487228
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Shahbudin Mastar @ Masdar, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorRosmahani Mohd Shah (P92854)-
dc.date.accessioned2023-10-11T02:30:48Z-
dc.date.available2023-10-11T02:30:48Z-
dc.date.issued2022-04-20-
dc.identifier.otherukmvital:129055-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487228-
dc.descriptionPenukaran CO2 kepada bahan kimia atau bahan api berguna adalah merupakan pendekatan yang paling efektif dalam menyelesaikan kemelut masalah tenaga, dalam masa yang sama menyelesaikan isu pencemaran alam sekitar. Keupayaan semikonduktor melakukan proses fotosintesis tiruan yang didorong oleh kehadiran cahaya matahari seperti proses pembelahan molekul air secara fotoelektrokimia telah menjadi pendorong kepada proses penurunan CO2 membentuk bahan api berguna. Walau bagaimanapun, kecekapan penurunan CO2 didapati sederhana disebabkan oleh keupayaan semikonduktor menjana fotoarus yang rendah dalam tindak balas fotoelektrokimia (PEC). Kuprum oksida (CuO), merupakan semikonduktor yang mempunyai keupayaan kinetik yang tinggi untuk membolehkan proses penurunan CO2 kepada pelbagai produk berguna. Bagi meningkatkan prestasi fotomangkin, lapisan karbon grafin oksida terturun digunakan sebagai ko-mangkin yang bertindak meningkatkan fotoarus sekaligus meningkatkan kecekapan penurunan CO2. Dalam kajian ini, lapisan grafin oksida terturun pada kerajang tembaga (Cu) disintesis menggunakan kaedah hidroterma dalam julat masa 1 hingga maksimum 24 jam pada suhu 160°C hingga 240°C. Tindak balas PEC diukur dalam sistem tiga elektrod yang mana rGO-CuO/Cu yang disintesis sebagai elektrod kerja. Pencirian kimia fizik dilakukan dengan analisis belauan sinar-X (XRD), Spektroskopi Raman, Mikroskop Elektron Pengimbasan Pancaran Medan Beresolusi Tinggi (FESEM), Mikroskop Elektron Penghantaran Berkuasa Tinggi (HRTEM) dan Spektroskopi Fotoelektron Sinar-X (XPS). Sementara itu ciri-ciri fotoelektrokimia dikaji melalui pengukuran Voltametri Sapuan Linear (LSV), Spektroskopi Impedans Elektrokimia (EIS), Mott- Schottky (MS) dan Spektrofotometer Ultralembayung dan cahaya (UV-VIS). Produk yang terhasil dari penurunan CO2 pula dianalisis dengan Kromatografi Gas Spektroskopi Jisim (GC/MS). Hasil kajian mendapati bahawa fotoelektromangkin yang dioptimumkan pada suhu 200°C dalam tempoh masa tindak balas hidroterma 3 jam, berkemampuan menjana ketumpatan fotoarus 9.6 mA cm-2 pada -0.8V vs Ag/AgCl, iaitu 4.5 kali ganda lebih baik daripada dalam keadaan tanpa cahaya. Grafin oksida terturun pula bertindak sebagai unsur yang mengalakkan penyerapan cahaya dan pengkonduksi yang baik bagi meningkatkan aktiviti pemindahan caj, sekaligus membantu meningkatkan penjanaan fotoarus. Dalam aplikasi penurunan karbon dioksida, fotokatod rGO-CuO/Cu juga berkemampuan menghasilkan metanol berkepekatan 1.81 g/L pada keupayaan optimum 0.8V melalui proses fotoelektrokimia. Berdasarkan penyelidikan ini, melalui kaedah sintesis ringkas, fotokatod rGO-CuO/Cu berjaya disintesis dengan ciri-ciri kimia fizik dan elektronik yang baik, serta menunjukkan potensi untuk dibangunkan dalam aplikasi penurunan karbon dioksida kepada metanol.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectGrafin oksida-
dc.subjectFotoelektrokimia-
dc.subjectSemikonduktor-
dc.titleGrafin oksida terturun/kuprum oksida pada kerajang tembaga untuk aplikasi fotoelektrokimia penurunan karbon dioksida-
dc.typeTheses-
dc.format.pages137-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129055+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.36 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.