Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487226
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRoszilah Hamid, Prof. Dr.
dc.contributor.authorFathiyah Mohd Kamaruzaman (P89400)
dc.date.accessioned2023-10-11T02:30:46Z-
dc.date.available2023-10-11T02:30:46Z-
dc.date.issued2022-09-04
dc.identifier.otherukmvital:128791
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487226-
dc.descriptionProfesion sebagai jurutera awam disenaraikan sebagai salah satu daripada 53 bidang pekerjaaan kritikal bagi membangunkan ekonomi negara dalam mendepani arus cabaran revolusi perindustrian 4.0 (4IR). Namun begitu, peratusan bilangan jurutera awam baharu yang diterima bekerja masih lagi rendah disebabkan oleh faktor ketidaksepadanan kemahiran generik sekaligus menyebabkan masalah pengangguran dalam kalangan graduan kejuruteraan awam (KA) masih lagi berlaku. Pembangunan kerangka kemahiran generik sedia ada tidak dilengkapi dengan perincian yang komprehensif terhadap bidang pekerjaan yang spesifik. Justeru, kajian ini bertujuan untuk membangunkan kerangka kemahiran generik 4IR (KG4IR) bagi graduan KA sebagai garis panduan kepada pihak pemegang taruh dalam penerapan KG4IR di kalangan graduan KA. Reka bentuk kaedah gabungan penerokaan berurutan (Exploratory Sequential Mixed Method Design) dilaksanakan dalam tiga fasa kajian. Fasa pertama ialah penerokaan konstruk dan atribut KG4IR melalui pendekatan kualitatif untuk menghasilkan senarai awal konstruk dan atribut KG4IR. Konstruk KG4IR dikenal pasti melalui kaedah analisis dokumen, manakala atribut KG4IR diterokai berdasarkan dua kaedah (i) kupasan literatur sistematik dan (ii) temu bual bersama pakar berdasarkan protokol temu bual. Kemudian, senarai awal tersebut melalui proses kesahan kandungan oleh tiga orang pakar menggunakan analisis nilai pekali persetujuan Fleiss Kappa (Kf) sebelum diteruskan dengan pembangunan soal selidik dan kajian rintis. Fasa kedua kajian melibatkan 203 orang jurutera awam yang berpengalaman untuk membangunkan kerangka KG4IR berdasarkan analisis Model Pengukuran Rasch. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik KG4IR dan dianalisis menggunakan perisian komputer Winstep 5.1.4 untuk pemeriksaan kefungsian item dari aspek nilai kebolehpercayaan alpha Cronbach, nilai kebolehpercayaan responden dan item, indeks pengasingan responden dan item, kesesuaian item, kekutuban item dan analisis komponen utama (PCA). Kajian fasa ketiga pula adalah pengesahan kerangka KG4IR dikumpulkan melalui borang soal selidik pengesahan kandungan melibatkan tiga orang pakar dalam bidang KA dan dianalisis menggunakan indeks kesahan kandungan tahap-item (I-CVI). Keputusan dari fasa pertama menunjukkan KG4IR mengandungi sembilan konstruk kemahiran iaitu komunikasi, penyelesaian masalah, kepimpinan, kepintaran emosi, kreativiti, pemikiran kritikal, kebolehsuaian, digital dan pengurusan dengan 58 atribut keseluruhannya berdasarkan nilai Kf iaitu 0.61, menunjukkan tahap persetujuan yang baik daripada pakar. Keputusan yang diperolehi dari fasa kedua mendapati kesemua sembilan konstruk mempunyai sifat unidimensi yang menepati kriteria analisis PCA sebagai konstruk dengan 45 atribut membentuk kerangka KG4IR bagi graduan KA. Analisis ICVI dalam fasa ketiga mendapati 51 item dengan 8 item baharu mendapat 100% persetujuan pakar yang menunjukkan bahawa pembangunan kerangka KG4IR adalah sesuai dan sah untuk graduan KA. Sumbangan kajian ini adalah menghasilkan kerangka KG4IR yang sah dilengkapi dengan perincian yang komprehensif adalah berpotensi untuk mengurangkan isu ketidaksepadanan kemahiran dan pengangguran di kalangan graduan KA. Kerangka KG4IR memberikan gambaran yang jelas tentang jenis dan atribut kemahiran generik 4IR yang diperlukan oleh majikan kejuruteraan awam dalam membentuk jurutera awam yang dapat diterima bekerja selepas 6 bulan menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectKemahiran generik
dc.subjectJurutera awam
dc.subjectRevolusi Perindustrian 4.0
dc.titleKerangka kemahiran generik revolusi perindustrian 4.0 bagi graduan kejuruteraan awam
dc.typeTheses
dc.format.pages494
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128791+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
8.54 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.