Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487223
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRizauddin Ramli, Prof. Madya Ir. Dr.
dc.contributor.authorJafri Kassim (P90553)
dc.date.accessioned2023-10-11T02:30:43Z-
dc.date.available2023-10-11T02:30:43Z-
dc.date.issued2022-01-26
dc.identifier.otherukmvital:127698
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487223-
dc.descriptionDalam industri pembuatan, pemahaman mengenai aplikasi toleransi geometri (GT) dan kesannya terhadap komponen dalam sistem yang berputar seperti aci adalah sangat penting. Oleh itu, kaedah geometri, dimensi dan toleransi (GD&T) perlu dipertimbangkan oleh pereka, pengilang dan pekerja pemasangan. GD&T adalah penting dalam industri yang menggunakan aci putaran berkelajuan tinggi kerana keadaan rotor yang tidak seimbang dan salah penjajaran aci merupakan antara punca utama getaran dalam mesin berputar. Impak dari keadaan tersebut boleh menyebabkan kerosakan dan kemusnahan komponen penting dalam mesin. Kajian ini bertujuan untuk menyiasat ciri-ciri geometri (GC) berbeza yang terlibat dengan sistem berputar seperti kelurusan, keselarian, keselinderan dan kesepusatan berdasarkan piawaian ASME Y14.5-2009. Kajian ini juga untuk menentukan nilai GC paling kritikal yang memberikan kesan terhadap penyebaran kerosakan komponen dalam sistem aci berputar. Spesimen aci telah dibentuk dengan parameter yang mempunyai dimensi dan nilai GT yang sama cuma berbeza dari segi GC. Spesimen diukur dengan menggunakan tolok digital untuk mengetahui nilai GT yang menghampiri kepada 3000 μm. Magnitud getaran aci semasa putaran direkodkan menggunakan penganalisis getaran jenis VA-12 dengan kelajuan pusingan yang berbeza iaitu 510 rpm, 770 rpm dan 900 rpm. Analisis GC digunakan untuk menilai prestasi getaran aci dengan menggunakan kaedah unsur terhingga. Disamping itu, kajian ini juga membangunkan kaedah penentuan nilai GT optimum dalam putaran aci dengan lebih mudah dan efisien. GC yang paling kritikal dipilih untuk membangunkan model matematik berdasarkan kemungkinan kedudukan pusat putaran aci yang dikembangkan dengan kaedah matematik untuk pembinaan zon toleransi menggunakan kaedah mengimbangi dan algebra. Kaedah ini membantu untuk menentukan nilai GT dan mengatasi kesan kerosakan komponen terhadap sistem aci berputar. Nilai GT dianalisis menggunakan kaedah zon toleransi persegi, zon toleransi bulat, statistik, unsur terhingga dan kebolehpercayaan. Kaedah algoritma genetik (GA) digunakan bagi pengoptimuman nilai GT dengan menggunakan model matematik yang diperolehi. Pengiraan menggunakan aplikasi perisian MATLAB dengan parameter GA telah digunakan untuk mendapatkan nilai GT yang paling optimum. Hasil pengukuran amplitud getaran dan GC didapati 510 rpm menghasilkan getaran 12.9 mm/s, 770 rpm menghasilkan getaran 11.9 mm/s dan 900 rpm menghasilkan getaran 0.769 mm/s. Nilai GT yang diperoleh daripada dua kaedah model matematik iaitu kaedah algebra menghasilkan nilai GT sebanyak 212 μm dan kaedah mengimbangi menghasilkan nilai GT sebanyak 209 μm. Kajian ini menghasilkan nilai optimum untuk GT iaitu 0.0071mm sehingga 0.053mm bergantung terhadap saiz aci yang digunakan iaitu dari diameter 1mm hingga 500mm untuk ciri kedudukan dalam sistem putaran aci. Ciri kesepusatan didapati menghasilkan amplitud tertinggi dan mempunyai kesan yang signifikan terhadap putaran aci oleh itu GC ini perlu diberikan perhatian semasa proses rekabentuk, pembuatan dan pemasangan. Kajian ini dapat mengetahui GC yang memberikan kesan serius terhadap sistem putaran dan dengan jadual nilai GT yang diperolehi dapat membantu pihak industri untuk menentukan nilai GT dengan lebih mudah. Oleh kerana sifat dinamik putaran aci dan saiz dimensi aci yang berubah-ubah, nilai GT perlu diperoleh dengat tepat dan menjadi penyelesaian optimum untuk masalah ini.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectAplikasi toleransi geometri
dc.subjectSistem putaran
dc.subjectReka bentuk aci
dc.titlePengoptimuman toleransi geometri dalam reka bentuk aci untuk meningkatkan prestasi sistem putaran
dc.typeTheses
dc.format.pages253
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_127698+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
7.62 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.