Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487218
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhairul Nizam Abdul Maulud, Prof. Madya Sr. Dr.
dc.contributor.authorSamera Samsuddin Sah (P94784)
dc.date.accessioned2023-10-11T02:30:36Z-
dc.date.available2023-10-11T02:30:36Z-
dc.date.issued2022-03-01
dc.identifier.otherukmvital:126599
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487218-
dc.descriptionPemanasan global menyebabkan berlakunya peningkatan aras laut (SLR) dan Malaysia tidak terkecuali terkesan dengan masalah ini terutamanya bagi kawasan rendah pesisir pantai termasuklah kawasan Kuala Kedah yang aktif dengan aktiviti pertanian dan perikanan. Kedudukan plot tanaman padi yang terletak hanya 200 m dari garis pantai telah mengalami masalah penerobosan air masin sejak 2016 dengan kadar penurunan hasil tanaman padi sehingga 75% terutama ketika musim hujan dan kejadian air pasang yang berlaku serentak. Justeru itu, kajian ini telah dirangka dengan objektif utama untuk menilai kesan penerobosan air laut terhadap hasil tanaman padi secara bersepadu dengan menggunakan teknologi spatial dan permodelan hidrodinamik di Kuala Kedah yang melibatkan kawasan padi seluas 123 hektar bagi dua musim penanaman padi yang berbeza iaitu Musim 1 2019 dan Musim 2 2019 yang masing-masing berlaku dalam Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Kajian ini dibahagikan kepada tiga fasa utama. Fasa I merupakan penilaian kualiti air yang melibatkan dua parameter iaitu kepekatan saliniti dan pH air bagi 44 salur air keluar/masuk plot padi yang dijalankan bagi tiga tempoh iaitu 10, 40 dan 60 hari selepas menyemai (DAS) dengan mengambilkira faktor air pasang surut. Seterusnya, Fasa II melibatkan analisis imej berbilang spektrum bagi tiga tempoh iaitu 40, 60 dan 100 DAS. Imej ini dianalisis dan diterjemahkan dalam bentuk indeks tumbuh-tumbuhan (VI) iaitu Indeks Tumbuh tumbuhan Beza Ternormal (NDVI), Indeks Tumbuh-tumbuhan Beza Ternormal Biru (BNDVI) dan Beza Ternormal Pinggir Merah (NDRE) untuk mengukur tahap kesihatan tanaman padi. Akhir sekali, Fasa III melibatkan permodelan hidrodinamik yang menggunakan perisian MIKE 21 sebagai medium untuk menganalisa kesan SLR dan potensi berlakunya banjir pantai di kawasan setempat dengan dua keadaan iaitu simulasi tanpa faktor mitigasi (K1) dan dengan mengambilkira faktor mitigasi (benteng batuan) sedia ada (K2). Setiap simulasi dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian utara (NA) dan bahagian selatan (SA). Hasil kajian menunjukkan kepekatan saliniti bagi musim pertama adalah lebih tinggi berbanding musim kedua. Manakala, bagi nilai pH pula, didapati bacaan semasa kedua-dua musim berada dalam julat normal pH iaitu antara 6.5 hingga 9.0 bagi kawasan muara walaupun terdapat turun naik sepanjang tempoh kajian. Walau bagaimanapun, kepekatan saliniti secara signifikannya mempengaruhi nilai pH dengan nilai p < 0.05 berdasarkan analisis ANOVA. Seterusnya, hasil analisis imej multispektral mendapati nilai VI berkadar terus dengan tahap kesihatan tanaman padi serta hasilnya. NDRE memberikan bacaan yang lebih tepat berbanding NDVI dan BNDVI dalam mewakili tahap kesihatan tanaman padi. Manakala, bagi hasil simulasi MIKE 21 pula menunjukkan purata perbezaan jarak kemaraan air laut ke daratan untuk K1 dan K2 dapat dikurangkan sehingga 20% dan 18% bagi kawasan NA dan SA. Secara keseluruhannya, permodelan hidrodinamik mampu meramal banjir pantai akibat SLR dan pendekatan VI boleh digunapakai dalam memantau tahap kesihatan tanaman yang sekaligus berkaitan dengan kualiti air. Oleh itu, simulasi K3 dicadangkan dengan meninggikan dan memanjangkan benteng batuan sedia ada sebagai mitigasi jangka masa pendek. Namun, hasil simulasi K3 menunjukkan masalah banjir pantai di kawasan ini tidak dapat diselesaikan secara menyeluruh kerana melibatkan isu-isu seperti penempatan dan jeti nelayan sedia ada terutama di kawasan muara. Pihak berkuasa tempatan perlu mempertimbangkan menyediakan faktor mitigasi kekal dengan mengambilkira faktor sosial dan ekonomi.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectPenerobosan air laut
dc.subjectPadi
dc.titleKajian bersepadu kesan penerobosan air laut terhadap hasil padi melalui teknologi spatial dan permodelan hidrodinamik
dc.typeTheses
dc.format.pages174
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126599+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
6.69 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.